Saturday 24 December 2011

SAHIH !!! PAS KAKI FITNAH !!! MUSTAFA ALI DAH BUKTIKAN !!!

Tuduhan Liar Tidak Selayaknya Keluar Dari Mulut SUA PAS- Hasan Ali

Tuduhan Liar Tidak Selayaknya Keluar Dari Mulut SUA PAS- Hasan Ali

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan tuduhan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda Umno.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan Umno di peringkat atasan, bawahan atau pertengahan pada masa dan tempat yang dinyatakan.

"Sekali lagi Mustafa terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim dan anggota jamaah."

"Sebagai Setiausaha Agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar daripada mulut seorang Setiausaha Agung yang berwibawa," katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dilaporkan mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.

Mustafa dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, mempersoal dan ingin mendapat penjelasan daripada Mustafa berhubung tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu.

"Saya ingin mendapat penjelasan daripada Setiausaha Agung, sejak bila pejabat Setiausaha Agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung PAS.

"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti," katanya. 

Menjawab satu soalan, Hasan menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

"Saya tidak berhajat dan saya hendak menumpukan sepenuhnya kepada mesej yang kami bawa selama ini iaitu (berhubung kepentingan) Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja," katanya.

Berhubung isu beliau dilihat menggunakan "media Umno" untuk menjelaskan kontroversi tersebut, Hasan berkata beliau lebih bersifat terbuka dalam soal bekerjasama dengan pihak media di negara ini.

"Saya nak sebutkan begini, pada asasnya dalam hal ini, saya menerima mana-mana media pun, jadi memang wajarlah memilih media yang menguasai kita hari ini dan dengan sifat keterbukaan media-media ini untuk beri ruang kepada orang seperti saya," katanya.

Beliau mendakwa akhbar "Harakah" terbitan PAS tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.

Sementara itu, Hasan menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung "negara berkebajikan" pada sidang media Selasa lepas, dengan mengakui terdapat unsur keterlanjuran ketika mengulas dasar parti. - BERNAMA


Kalau tak fitnah tu memang tak sah. Fitnah adalah sinonim dengan PAS. Geng sekapal pun nak difitnah. Elok la tu, perang sesama sendiri. Puak DAP BABI tepuk tangan guling-guling ketawa...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??