Thursday 22 December 2011

GEMPAR !!! SISATAN MULA BERJALAN !!! AMBIL TINDAKAN TEGAS !!!


Pelajar turun gambar PM disiasat


Polis terima tiga laporan pelbagai pihak berhubung kejadian di PWTC

KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata setakat ini pihaknya sudah menerima tiga laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak di ibu negara berhubung kejadian berkenaan.
“Setakat ini kita menerima tiga laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara terperinci dari segenap sudut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan menjejaskan keamanan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sabtu lalu, 200 peserta Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) membabitkan penuntut institusi pengajian tinggi ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menyerahkan memorandum berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Mereka kemudian ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan memorandum sama kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, sebelum seorang daripada mereka dikatakan menurunkan bendera memaparkan gambar Najib dan menggantikannya dengan bendera SMM dan BEBAS.
Bagaimanapun, bendera memaparkan gambar Perdana Menteri dinaikkan semula selepas ditegur pengawal keselamatan PWTC.

Kelmarin, Saifuddin dilaporkan berkata, Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pelajar terbabit dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan kerana insiden berlaku di luar kampus.

Pada masa sama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajar semester lima Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) yang didakwa menurunkan bendera berkenaan.

Sumber : Berita Harian Online


Psssttt... sila ambil tindakan tegas !!! Menurut AUKU kesalahan jenayah boleh dibuang institusi... apa tindakan NC UPSI ??? Sedangkan dalam bidang pekerjaan apa-apa lapangan sekali pun, penjenayah dibuang bekerja !!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??