Monday 5 December 2011

PANAS !!! PEMBANGKANG MALAYSIA BEBAL NAK MAMPOS ???

Beli aset pertahanan: Tidak perlu libat pembangkang


LANGKAWI 5 Dis. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan kemampuan dan ketelusan jawatankuasa penilai ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tanpa perlu melibatkan pembangkang dalam soal pembelian aset pertahanan negara.

Beliau berkata, sistem perolehan pembelian aset pertahanan dibentuk oleh Kementerian Kewangan, dan sebelum sesuatu produk dibeli, ia dinilai sebuah jawatankuasa yang wujud dalam perkhidmatan tentera darat, udara atau laut.

“Kita yakin dengan sistem yang sedia ada yang telah ditentukan Kementerian Kewangan dan kita yakin dengan jawatankuasa penilaian yang ada.

“Kalau aset-aset itu dikehendaki tentera darat (contohnya), jadi jawatankuasa tentera daratlah yang akan buat penilaian untuk tentukan spesifikasi,” katanya kepada pemberita di atas kapal KD Jebat yang berlabuh di jeti Awana Porto Malai untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2011), di sini hari ini.

Penilaian bukan sahaja dibuat daripada sudut teknikal sahaja malah mengambil kira soal pemindahan teknologi dan keuntungan yang bakal diperoleh negara pada masa panjang, terutama kepada industri pertahanan tempatan. – Bernama



Psssstttt... pembangkang kat Malaysia ni parti politik ke tentera taliban...??? Tak pun, pembangkang Malaysia ni BEBAL nak mampos...????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??