Sunday 11 December 2011

GEMPAR !!! SULTAN SELANGOR LAHIRKAN RASA DUKACITA !!!

sultan-selangor200

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata Sultan Selangor meneliti 2,068 permohonan yang diterima tahun ini, dengan keutamaan kepada pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Beliau berkata daripada jumlah itu, hanya 113 penerima sahaja akan dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran, yang terdiri daripada sembilan dari istana, 82 penjawat awam, lima dari badan bukan kerajaan dan 17 dari sektor swasta.

"Ketiadaan penerima daripada orang politik disebabkan mereka belum memenuhi syarat untuk dikurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri," katanya pada sidang media, di Shah Alam.

Bernama melaporkan katanya tidak ada calon daripada pakatan pembangkang atau Barisan Nasional yang akan dianugerah darjah dan bintang kebesaran, kecuali satu anugerah kepada anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari parti PAS.

"Penganugerahan kepada Hasan disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen PR (pakatan rakyat) kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS," katanya.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan.-10/12/2011


Sumber : Agenda Daily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??