Thursday 15 December 2011

PANAS !!! PM ( @NAJIBRAZAK ) MY HERO !!!


Isu Mazlan Aliman buat kacau, 
belia FELDA serang pejabat PAS !!!

Seperti yang I4TT janjikan tengahari tadi, disini kisah lanjut berkaitan peristiwa demonstrasi kecoh pagi tadi. Apa terjadi antara Felda dan PAS... Kenapa orang-orang felda menyerang Pejabat Pusat PAS...

Ikuti kisah lanjut dan gambar-gambar kejadian demonstrasi pagi tadi disediakan dibawah ini.


Apa yang telah terjadi sebelum ini..?? Ini kisah kelmarin... 

Kelmarin satu demonstrasi anjuran ANAK berlangsung dihadapan Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak.

Mereka memegang sepanduk, kad manila dan memaki hamun Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Bagaimanapun perhimpunan anjuran PAS melalui AJK Pusatnya, Mazlan Aliman tidak mendapat sambutan ramai ekoran hanya dihadiri oleh sekitar 50 orang berbanding sasaran awal iaitu seramai 1,000 orang. 

Sumber : RAKTRA


Ini pula yang terjadi pagi tadi...

Majlis Belia Felda Malaysia hari ini menyampaikan memorandum kepada Pas membantah campur tangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang disifatkan telah memecah-belahkan masyarakat Felda.

Menurut presidennya, Anuar Abd Manap, ANAK juga dilihat telah mempolitikkan Felda.
” Jangan hancurkan Felda dengan anasir-anasir dalaman dan luaran yang ingin mengambil kesempatan peribadi dan meraih sokongan politik,” katanya.

Lihat paparan gambar dibawah berkaitan demonstrasi pagi tadi (Foto Mohd. Yumni Harun – Mynewshub.my)






Ikuti laporan penuh dari MyNewsHub dibawah...

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Abu Bakar mengetuai perarakan seramai 1,000 peneroka Felda dari seluruh negara, dari Anjung Felda ke Balai Felda menyerahkan memorandum kepada Pegawai Khas Pengerusi Felda, Asbanizam Baharuddin 1 tengah hari tadi.

Beliau diiringi oleh wakil Gerakan Memertabatkan Pejuang Negara (GMPN) dan Majlis Belia Felda Kebangsaan.

Menurut Abd Rahman, Perkasa menyokong penuh usaha murni Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan program transformasi Felda.

“Kami percaya kepada keikhlasan Perdana Menteri dalam merangka formula terbaik buat Felda sekali gus dapat melonjakkan lagi taraf hidup dan pendapatan peneroka supaya menjadi masyarakat contoh di luarr bandar,” katanya.

Pada masa yang sama Perkasa menyokong kepimpinan Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi Felda dalam melaksanakan aspirasi Najib.

Beliau menambah, Perkasa menyokong penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia yang mana ia akan memberi kebaikan kepada warga Felda. 


Psssstttt.... aku suka gambar ke-3... "PM MY HERO" !!!! cayalah orang-orang FELDA !!!!

1 comment:

  1. mazlan aliman berjaya buka minda warga felda..admin datang sendiri tgk secara terperinci apa dah jadi dengan ahli2 majlis belia felda..xyah ckp apa2 datang dan kaji sendiri baru anda tahu. tq.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??