Monday, 12 December 2011

REMINDER !!! 3 PESANAN PENTING YAB PM DS @NajibRazak KEPADA SEMUA !!!




Orang UMNO Jangan Cepat Lupa Pesanan Presiden

Persidangan Agong UMNO 2011 telah pun berakhir pada 3hb Disember 2011 yang lalu. Gendang keramat telah berbunyi maka bermulalah jihad kita.

Ini adalah ucapan pergulungan dari Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib Razak.



Ucapan beliau yang amat bersahaja itu cukup memberi erti mendalam dan menyentuh hati-hati yang mendengar. Beliau meletakkan 4 sasaran ke atas Persidangan kali ini yang mana diukur sebagai KPI buat Persidangan ini. 

Menurut beliau, sekiranya tercapai keempat-empat sasaran itu maka persidangan kali ini adalah persidangan yang agak baik. 4 objektif sasaran beliau adalah seperti berikut;




Beliau mahu persidangan kali ini menggambarkan UMNO adalah sebuah parti yang bersatu dan ampuh barisannya supaya dapat meyakinkan rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik dalam keadaan kukuh dan padu.

Persidangan Agung UMNO 2011 berkemungkinan adalah sebuah persidangan agung yang terakhir sebelum PRU-13. Beliau mahukan perhimpunan ini membuktikan bahawa UMNO sebuah parti yang bermaruah dan berada dalam tahap yang bersiap sedia menghadapi PRU-13 yang bakal menjelang bila-bila masa sahaja.
Beliau berhasrat agar melalui perhimpunan ini, kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional. Beliau turut menyatakan bahawa tujuan perhimpunan ini adalah bagi mendapatkan mandat sepenuhnya daripada perwakilan untuk menjayakan transformasi berkenaan.
Beliau mahukan perhimpunan ini menjadi pengisian dan isyarat serta mesej yang sngat jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta Rakyat Malaysia boleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya kearah masa depan yang lebih cemerlang.
Banyak yang beliau perkatakan didalam ucapan pergulungan beliau. Dari isu transformasi yang semakin menunjukkan kesan yang positif, isu-isu pembangkang dalam melancarkan fitnah dan tipu daya serta isu-isu berkaitan UMNO juga.

Beliau turut menyatakan bahawa Persidangan Agung UMNO 2011 ini telah mencipta sejarah yang tersendiri bilamana ianya berkahir dengan satu ikrar atau ba'iah yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Parti dengan tujuan sumpah taat setia kepada parti dan pemimpin.

Menarik juga bilamana beliau turut membongkar dan mengingatkan para perwakilan tentang tipu daya pembangkang. Penipuan terbesar pembangkang adalah 16 September yang tak akan dilupakan oleh sesiapa sahaja. Aku juga tak dapat melupakannya, malah ianya juga merupakan sejarah hitam kepada pembangkang bila mereka telah siap menempah baju dan bersedia kononnya 16 September itu mereka akan mengambil alih Putrajaya.

Beliau menyebut bahawa parti pembangkang layak memegang rekod dunia. Ini kerana menurut beliau parti paling ramai pemimpin dan ahli keluar parti. Tiada parti politik di dunia ini yang dapat menandingi rekod parti pembangkang ini.

Tetapi, mesej yang teramat penting didalam ucapan pergulungan beliau adalah di minit-minit terakhir beliau.

Seandainya UMNO tidak kita jaga, seandainya UMNO tidak kita bela, seandainya UMNO kita biarkan, seandainya UMNO tersungkur rebah, seandainya UMNO lenyap.... Masihkah terjunjung Islam yang suci ???
Seandainya UMNO tidak kita jaga, seandainya UMNO tidak kita bela, seandainya UMNO kita biarkan, seandainya UMNO tersungkur rebah, seandainya UMNO lenyap.... Masihkah terpandang mulia orang-orang Melayu ???
Seandainya UMNO tidak kita jaga, seandainya UMNO tidak kita bela, seandainya UMNO kita biarkan, seandainya UMNO tersungkur rebah, seandainya UMNO lenyap.... Masihkah disanjung Raja-Raja dan Sultan ???

3 pesanan ini sangat besar ertinya. Ketika Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib menyatakan 3 pesanan ini, meremang seluruh badan. Benar kata-kata beliau ini.

Tiada walau 1 parti politik selain UMNO di Malaysia ini yang dapat menjunjung agama Islam dan menjaga kesucian Islam. Cukuplah contoh yang ada bagaimana di Malaysia ini, ayat-ayat suci dipersenda, aktiviti memurtadkan orang Islam, ibadah Qurban dicemari dan pelbagai lagi. Tidak cukup dengan itu, tempat ibadat orang-orang Islam cuba nak dirobohkan. Ya, UMNO parti Islam. Tetapi UMNO sekali pun tidak pernah menyekat atau mengganggu aktiviti keagamaan Ugama lain.

Tiada walau 1 parti politik selain UMNO di Malaysia ini yang dapat manjaga hak-hak Melayu dengan baik. Cukup-cukuplah agenda untuk membakulsampahkan Ketuanan Melayu dan menindas orang Melayu wahai pembangkang. Ya, UMNO parti orang Melayu. Tetapi UMNO yang menunjangi Barisan Nasional tidak pernah walau sekali pun mencuit hak kaum lain malah hak kaum lain juga dijaga baik oleh UMNO.

Tiada walau 1 parti politik selain UMNO di Malaysia ini yang dapat mendaulat kesanjungan Raja-Raja dan Sultan. Sudah-sudah lah dengan membuat derhaka dan menyanggah titah Baginda Raja dan Sultan. Malaysia lihat bagaimana Nizar Lilin menderhaka. Malaysia lihat bagaimana titah Sultan disanggah sewaktu Bersih 2.0. Malaysia lihat bagaimana terbaru ini kedaulatan Sultan Negeri Perak dihina oleh Nga Kor Ming (DAP). Banyak lagi contoh lain yang dapat Malaysia lihat sebenarnya.

Oleh itu, benar kata Dato' Sri Haji Najib. Islam tidak akan terjunjung kesuciannya jika UMNO tiada di Malaysia. Orang-orang Melayu tidak akan dipandang mulia di Tanah Melayu ini tanpa UMNO yang pertahankan. Sejarah juga telah membuktikan kedaulatan Raja-Raja dan Sultan dijunjung UMNO maka tanpa UMNO terhina lah Raja-Raja dan Sultan.

Inilah mesej terpenting yang perlu dibawa oleh semua perwakilan ke peringkat akar umbi agar dapat difahami oleh 12.4 juta pengundi dan 28 juta Rakyat Malaysia.

Sumber : KGC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??