Friday, 16 December 2011

WAJIB BACA !!! EDISI GILA KENTANG !!! PARTI KIAN ROBOH DAH ROBOH !!!

Gila Kentang ! Lagi Pemimpin PKR Keluar Parti !


Berita yang tengah hot bermain-main di kedai-kedai kopi mahupun di laman maya!

Lim Boo Chang membuat pengumuman rasmi keluar dari PKR ! 

Lim adalah Ketua Cabang PKR Bahagian Gelugor. Pengumuman yang dibuat oleh Lim berkuatkuasa serta merta dan yang paling membuatkan LGE terkena serangan jantung bila Lim mengumumkan menyertai parti komponen Barisan Nasional iaitu GERAKAN (PGRM).

Lim menyatakan sebab pengumuman itu adalah berikutan beliau hilang keyakinan terhadap parti itu (PKR) yang GAGAL menepati janji kepada rakyat dan untuk mereformasikan rakyat. Selain itu sikap terlampau dalam persaingan sesama sendiri sehingga mengabaikan rakyat dan amanah yang diberikan turut menyumbang kepada keputusan yang dibuat.

PKR juga katanya sering mengenepikan ahlinya yang mana tindakan itu disifatkan sebagai tidak wajar jika PKR mendakwa sebuah parti yang telus. Beliau turut menyatakan perjuangan PKR bukanlah membawa perjuangan rakyat tetapi hanyalah sebagai platform membalas dendam terhadap kerajaan (Barisan Nasional) semata-mata.

Didalam sidang medianya tadi, Lim turut menumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan semua jawatan yang dipegang didalam Kerajaan Negeri (Pulau Pinang).

Teringat pada Persidangan Agung UMNO (PAU2011) yang baru berlalu. Presiden Parti, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Najib ada menyatakan bahawa PKR adalah sebuah parti yang layak mendapat anugerah dunia kerana pemimpin dan ahli paling ramai keluar parti.

Ini buktinya. Dibawah senarai-senarai mereka yang pernah menjadi pengasas, pemimpin dan ahli PKR yang telah meninggalkan PKR;

1 - Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
2 - Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
3 - Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
5 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
6 - Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
7 - Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
8 - Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
9 - Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
10 - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
11 - Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
12 - Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
13 - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
14 - Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
15 - Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
16 - Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
17 - Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
18 - Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
19 - Datuk Zaid Ibrahim
20 - Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
21 - Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
22 - Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
23 - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
24 - Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
25 - Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
26 - Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah

Kerusi Parlimen

1 - Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
2 - Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
3 - Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
4 - Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
5 - Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

1 - Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
2 - Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
3 - Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
4 - Adun Lunas - Md Radzi Salleh
5 - Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
6 - Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
7 - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

Ini setakat yang aku ingat. Mungkin lebih daripada ini dan ada yang aku tak ingat. Lepas ni nama Lim Boo Chang boleh lah ditambah didalam senarai.
Ahli pula, ada beribu lagi ahli biasa yang telah keluar dari PKR malah ada yang keluar parti secara besar-besaran sehingga terdapat cabang yang gulung tikar dan lumpuh.

Kepada rakyat Malaysia. Fikir-fikir lah... Kenapa mereka meninggalkan parti yang mana Ketua Umum adalah ANUGERAH TUHAN???


JOM TOLAK PARTI PAKATAN KENCING RAKYAT NI !!!

P/S : Tak sabar tunggu 9 Januari ! Adakah akan berakhirnya episod Liwat yang panjang mengalahkan drama bersiri Jepun ?

Sumber : KGC


Psssttt... tangguh dan tangguh dan tangguh lagi... berapa lama mau habis daaaaa.... hahahaha.... nampaknya PKR ni tinggal anak beranak je la... sebelum malu besar... ramai yang decide kuar PKR... gulung tikar je la... dah boleh nak talkin ni... hahahaha....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??