Tuesday, 10 January 2012

LETUPAN DIMAHKAMAH - PDRM JALANKAN SIASATAN !!! KENYATAAN PDRM !!!

Rakaman video kesan dalang letupan di Kompleks Mahkamah


Polis sedang meneliti rakaman video bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab berhubung tiga letupan semasa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis juga akan mengumpul segala maklumat yang diperoleh bagi memutuskan sama ada penganjur perhimpunan didapati melanggar peraturan atau tidak.

"Kita akan tengok video yang kita rakam dan akan melihat secara keseluruhan keadaan semasa perhimpunan dan juga dalang yang meletakkan bahan letupan buatan sendiri itu,” katanya.

Mohmad berkata, polis juga akan menyiasat di tapak letupan itu berlaku dan juga tentang perjalanan perhimpunan. - BERNAMA

Apa kata PDRM... ??? Dibawah kenyataan rasmi PDRM dilaman rasmi sosial FB.

KENYATAAN KETUA POLIS KL : Status Terkini Kes Letupan di Perhimpunan 901

Siasatan polis menunjukkan bahawa terdapat tiga letupan di sekitar kawasan berhampiran mahkamah dan semua letupan ini dipercayai diletupkan secara jangka masa. Bahan-bahan yang dijumpai adalah serpihan-serpihan kon plastik, bebola gegalas (ball bearing), jam dan bateri. Bahan letupan yang digunakan masih lagi menunggu pengesahan dari pakar/ahli kimia untuk menentukan jenis dan kelas bahan letupan tersebut.

Kes ini diklasifikasi di bawah Sek 6 Akta Bahan Letupan 1957 Akta 207. Apabila disabit boleh dikenakan penjara selama 7 tahun atau denda RM 10,000 atau kedua-duanya.

Kerjasama orang awam diperlukan berhubung kejadian tersebut untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.



PIHAK POLIS MASIH LAGI MENJALANKAN SIASATAN BERHUBUNG DENGAN KEJADIAN LETUPAN BOM BUATAN SENDIRI DAN KES INI DIKLASIFIKASI DI BAWAH SEK 6 AKTA BAHAN LETUPAN 1957 AKTA 207. APABILA DISABIT BOLEH DIKENAKAN PENJARA SELAMA 7 TAHUN ATAU DENDA 10,000 RINGGIT ATAU KEDUA-DUANYA.

SIASATAN POLIS MENUNJUKKAN BAHAWA TERDAPAT TIGA LETUPAN DI SEKITAR KAWASAN BERHAMPIRAN MAHKAMAH DAN SEMUA LETUPAN INI DIPERCAYAI DILETUPKAN SECARA JANGKA MASA. BAHAN-BAHAN YANG DIJUMPAI ADALAH SERPIHAN-SERPIHAN KON PLASTIK, BEBOLA GEGALAS (BALL BEARING), JAM DAN BATERI. BAHAN LETUPAN YANG DIGUNAKAN MASIH LAGI MENUNGGU PENGESAHAN DARI PAKAR/AHLI KIMIA UNTUK MENENTUKAN JENIS DAN KELAS BAHAN LETUPAN TERSEBUT.

SELAIN DARIPADA 4 ORANG AWAM YANG TERCEDERA, SEORANG LAGI DIRAWAT KERANA TERKEJUT DALAM KEJADIAN INI. TERDAPAT JUGA KEROSAKAN KECIL KEPADA KENDERAAN KEPUNYAAN ORANG AWAM YANG DILETAKKAN DI TEMPAT KEJADIAN. KEBANYAKAN KEROSAKAN ADALAH DISEBABKAN TERKENA BEBOLA GEGALAS (BALL BEARING) DAN IMPAK LETUPAN. KEBANYAKAN KENDERAAN HANYA MENGALAMI KEROSAKAN KECIL MELAINKAN SEBUAH MOTOSIKAL YANG MENGALAMI KEROSAKAN YANG AGAK TERUK.

PIHAK POLIS TELAH MENGUMPUL SEMUA BAHAN BUKTI DARI TEMPAT KEJADIAN DAN AKAN DIHANTAR UNTUK ANALISIS DAN SEDANG MENGESAN SAKSI-SAKSI LAIN YANG BOLEH MEMBANTU DALAM PENYIASATAN BERHUBUNG DENGAN KEJADIAN TERSEBUT.

SIASATAN POLIS MASIH DITERUSKAN DAN USAHA UNTUK MENGESAN MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB DIGIATKAN. PIHAK POLIS JUGA MEMERLUKAN KERJASAMA DARI ORANG AWAM YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERHUBUNG DENGAN KEJADIAN TERSEBUT UNTUK TAMPIL MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK POLIS BAGI MEMBANTU SIASATAN.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??