Monday, 30 January 2012

PAKATAN HARAM DAH MULA TAK SENANG DUDUK !!! APA PAKATAN BABI HARAM TOLONG RAKYAT ??? TAK DE WEH !!!


Pembangkang mula rasa tergugat apabila bantuan langsung kerajaan seperti Bantuan Awal Persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat, kata Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , berkata, rakyat mula menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan di atas sumbangan yang diterima.

"Bagaimanapun, tindak balas positif yang ditunjukkan rakyat ini tidak digemari oleh pihak pembangkang yang rasa tergugat, dan mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan banyak bantuan atas desakan pembangkang,” katanya ketika melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) peringkat negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata, BN sudah lama memberi bantuan secara langsung kepada rakyat seperti Elaun Saraan Bulanan Nelayan sebanyak RM200 sebulan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kira-kira RM300 sebulan kepada golongan miskin, namun tidak ramai yang menyedarinya kerana ia tanpa musim dan bukan hanya dilaksanakan menjelang pilihan raya.

Ini tidak termasuk bantuan secara tidak langsung seperti subsidi kepada pesawah yang berjumlah RM1.2 bilion tahun lepas dan RM2.2 bilion pada tahun ini, katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??