Wednesday, 25 January 2012

LAUTAN MANUSIA BANJIRI MALAM PENDEKAR 1MALAYSIA MENUNJUKKAN SOKONGAN TERHADAP PM !!!




Lebih 10,000 anggota persatuan seni mempertahankan diri dan orang ramai membanjiri Anjung Times Square untuk mendengar amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Malam Pendekar 1Malaysia anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Mahaguru PSSLM Tan Sri Omardin Mauju, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Ali Rustam, Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Datuk Megat Zulkarnain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Malam Pendekar menjadi 'gelanggang perpaduan' kerana setiap kaum akan menampilkan aksi masing-masing dalam pelbagai seni tempur, antaranya silat, silambam, taekwando dan karate.

Najib, yang juga penyandang Ulul Amri III, dalam ucapannya berharap pendekar yang terdiri daripada golongan muda pelbagai kaum akan bersatu padu demi negara.

"Pendekar yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India bukan untuk bertembung antara satu sama lain, tetapi berpadu di bawah prinsip 1Malaysia," katanya.

Sementara itu, anggota Persatuan Silamban Wilayah Persekutuan R.Mayil Selvi, 21, ketika ditemui Bernama berkata program seperti ini mampu mempromosi seni mempertahankan diri serta warisannya.

Dia berkata dengan menyertai persatuan seni mempertahankan diri dapat membentuk dirinya jadi seorang yang berdisplin.

Anggota Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Muhammad Zuhair Aminnudin, 26, pula berkata majlis seperti ini patut diteruskan setiap tahun bagi menyatukan semua anggota seni bela diri di Malaysia.

"Selain dapat berkumpul, majlis seperti ini juga membuktikan negara kita mempunyai banyak seni mempertahankan diri yang masih diamalkan, terutama golongan muda," katanya.

Bagi anggota Persatuan Karate-Do Pulau Pinang, Woon Sek Jia, 27, melalui aktiviti seperti ini, peserta boleh bertukar pandangan antara satu sama lain. - Bernama


Gambar-gambar di Malam Pendekar 1Malaysia..

Di Anjung Times Square Penang memastikan kerja-kerja persiapan bagi Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia berjalan lancar.

Sikecil sedang bersedia untuk latihan bagi upacara sambutan YAB Perdana Menteri di Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia.

Ucapan Perasmian yang cukup bersemangat daripada YAB PM dihadapan puluhan ribu ahli-ahli Seni Beladiri.

Puluhan ribu Ahli Seni Mempertahankan Diri Hadir di Malam Pendekar 1 Malaysia di Pulau Pinang anjuran Silat Lincah Msia. Program yang menghimpunkan 82 Persatuan Beladiri dan NGO lain daripada pelbagai kaum.

Ribuan pendekar dan rakyat Pulau Pinang yang membanjiri Anjung Times Square sempena Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia.

Puluhan ribu rakyat hadir ke Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia di Anjung Times Square Penang. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??