Friday 27 January 2012

WAJIB BACA !!! BR1M - DILANJUT SEHINGGA 10 FEBRUARI 2012 !!!

Permohonan BR1M Dan Rayuan Dilanjutkan Sehingga 10 Februari 2012 !


Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama sebulan iaitu sehingga 10 Februari depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh berkenaan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata sejumlah 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari.

Daripada jumlah itu, katanya, 3,850,668 borang sudah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.

Sehingga 10 Januari, juga, 3,102,054 permohonan sudah diluluskan.

Ahmad Husni berkata, baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari ini.

"Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat," katanya.

Kementerian Kewangan menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).

- BERNAMA


Terima Kasih Kerajaan Malaysia ! 

Terima Kasih Barisan Nasional ! 

Bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan pemerintah dan kerajaan yang prihatin !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??