Saturday 28 January 2012

LAGI !!! AKSI NYANYUK !!! DOK CANANG HUDUD BALIK !!!

Nik Aziz Dah Buat Lupa Tentang Hudud Kelantan

Nik Aziz Dah Buat Lupa Tentang Hudud Kelantan

Baru baru ini kecoh dengan isu Hudud yang dibangkitkan semula oleh Nik Aziz apabila semakin hampir dengan pilihanraya, pada mulanya PAS sudah menukarkan prinsip perjuangan mereka daripada hudud kepada negara berkebajikan.

Hj Hadi juga berkata hudud adalah 0.0001 peratus daripada Islam, maka kebajikan harus dilaksanakan. Begitulah PAS bertukar prinsip dan mula berkempen tentang negara berkebajikan.

Nik Aziz seperti biasa mempamerkan aksi nyanyok pada setiap kali hampir pilihanraya, memikirkan sokongan harus diraih maka hudud dibangkitkan kembali hingga mendapat bantahan besar-besaran daripada pemimpin DAP dan PKR.

Perbalahan itu menyebabkan Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng membuka mulut dan memberi kata dua kepada PAS. Satu mesyuarat barisan kepimpinan pakatan rakyat diadakan. Mereka bersetuju hudud tidak akan diperjuangkan didalam manifesto pakatan cuma hudud hanya mahu dilaksanakan di Kelantan.

Nik Aziz yang takut kehilangan kuasa sebagai menteri besar mula berkempen tentang hudud, penyokong PAS menjadi keliru kerana dahulunya pemimpin PAS sendiri berkata Hudud tidak penting, kebajikan harus diutamakan.

Forum, ceramah dan risalah diedarkan, Kelantan begitu bersungguh sungguh mahu melaksanakan hudud pada satu ketika. Tetapi hingga sekarang hudud pun dah tenggelam tetapi rakyat tidak lupa tentang janji palsu Nik Aziz.

Jawatankuasa Teknikal Hudud Kerajaan Pas Kelantan yang diumumkan penubuhannya Oktober tahun lalu, belum lagi dapat mengadakan mesyuarat kerana tidak menerima jawapan rasmi daripada beberapa pihak yang dilantik sebagai ahli seperti Ketua Polis Negeri dan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, terdapat laporan mereka tidak bersetuju namun pihaknya tidak menerima surat balasan rasmi dan masih mengharapkan kerjasama semua pihak.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga masih dalam proses akhir menentukan terma rujukan perbincangan yang akan menjadi fokus dalam mesyuarat sebelum ia dapat diadakan.

"Kita mengambil masa sebab perlu terlebih dahulu menyiapkan terma rujukan yang sedang diuruskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

"Kita juga belum dapat jawapan rasmi daripada beberapa pihak sama ada menerima atau menolak, kita harap semua memberi kerjasama kerana tujuan kita adalah untuk berbincang bersama-sama.

"Tarikh untuk mesyuarat itu nanti akan ditentukan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya perkembangan terkini jawatankuasa teknikal itu selepas menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Mohd. Amar berkata, kerajaan dalam mesyuarat Exco, Rabu lalu memutuskan menambah dua lagi ahli jawatankuasa menjadikan jumlah keseluruhannya 22 orang daripada 20 yang dilantik sebelum ini.

"Dua orang yang akan dimaklumkan secara rasmi itu adalah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari," katanya.

Antara nama yang disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa adalah Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusof dan Senator Mumtaz Md. Nawi.-utusan

Sumber : KGC 


2 comments:

  1. Dah takut dg Hasan Ali la tu

    ReplyDelete
  2. Hidup PAS.PAS takkan kenakan hudud ke atas diriku dan sayangku yang mengamalkan gaya hidup homoseksual.Orang yang sebulu akan dibela mereka.Allahu Akbar!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??