Monday, 23 January 2012

TERKINI !!! ADA TOYOL CUBA SABOTAJ JAMUAN RAKYAT DI PERAK !!!

‘Kumpulan nakal’ cuba gagalkan jamuan rakyat di Perak


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ada pihak cuba menggagalkan majlis jamuan rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di pekarangan kediaman rasminya di sini, hari ini.

Beliau berkata, cubaan itu dianggap beliau sebagai satu perbuatan yang dilakukan oleh 'kumpulan nakal' yang ingin menggagalkan sambutan tersebut.

“Perkara ini tidak melunturkan semangat kerajaan negeri bagi meneruskan majlis itu selepas menerima pelbagai pertanyaan berikutan khidmat pesanan ringkas (SMS) disebarkan kepada penduduk di negeri ini sebelum ini bahawa majlis ini dibatalkan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, majlis tersebut berjalan lancar dengan lebih 5,000 orang mewakili segenap lapisan masyarakat hadir pada majlis itu.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim, Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. - BERNAMA


1 comment:

  1. orang dah desperate macam itulah...tahniah Datuk Seri MB..perak kita kasi menang besar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??