Wednesday, 25 January 2012

BUKAN AHLI PAS !!! AL-FATIHAH BUAT ADIK DANISH !!! SYURGA ALLAH MENANTIMU !!!

Kanak-kanak 6 tahun maut dihempap van


Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dalam kemalangan di KM254.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 6.45 pagi itu, Danish Abdul Latif, mati di tempat kejadian apabila Toyota Joylong yang dinaiki bersama lapan lagi anggota keluarganya terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang di tepi lebuh raya itu.


“Danish mati akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dan dihempap van berkenaan,” kata jurucakap polis.

Lapan lagi termasuk bapanya, Abdul Latif Abdul Rahim, 38, ibunya, Zurina Omar, 36, bersama enam lagi anggota keluarga mereka cedera ringan dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.

Jurucakap polis berkata, van yang dipandu Abdul Latif itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di longkang lebuh raya itu.

“Mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Johor selepas bercuti di Langkawi sempena Tahun Baru Cina,” katanya.

Pegawai Turus Trafik negeri, ASP Abdul Halil Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan punca kejadian.

“Jenazah Danish dihantar ke HTJ untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya untuk di bawa pulang ke Segamat, Johor untuk dikebumikan petang ini,” katanya. – BERNAMA


Al-Fatihah.... Semoga ditempatkan disisi hambaNya yang soleh...

Sedikit kisah I4TT nak kongsikan... (Article tiada kaitan dengan PAS... minta jangan sentap dan mohon hadiahkan Al-Fatihah kepada Adik Danish...)

Anak-anak lelaki Rasulullah SAW meninggal sewaktu kecil lagi, manakala tiga anak perempuan meninggal dunia selepas berkahwin dan semasa Nabi SAW masih hidup. Hanya Fatimah yang hidup lebih lama daripada bapanya.

Kesemua anak lelaki Baginda meninggal ketika usia mereka masih kecil. Qasim dikatakan meninggal ketika umurnya tujuh tahun, begitu juga Abdullah. Ibrahim pula meninggal ketika berusia 16 bulan. Baginda yang menjadi kekasih Allah SWT telah diuji dengan pemergian anak-anak Baginda.

Kanak-kanak yang meninggal di awal usia ditempatkan di dalam syurga. Oleh itu sabarlah, dan berserahlah kepada Allah SWT terhadap takdirnya. Insyaallah Adik Danish akan ditempatkan di Syurga Allah dan dekat disamping Nya.  Mereka tiada di hadapan kita tetapi mereka melalui kehidupan di alam lain dengan penuh nikmat.



“Hadis riwayat Abu Hurairah R.A, ia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majus” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??