Tuesday 24 January 2012

PANAS !!! AKHLAK LELAKI DAN PEREMPUAN PAS MACAM NATE BERUK !!!

2 Video ! Cermin Keperibadian Rendah Akhlak Kumpulan Lelaki Dan Perempuan PAS !


PAS pada pandangan aku adalah sebuah parti yang sekadar retorik yang berselindung disebalik nama Islam demi mendapatkan pengaruh dari Umat Islam di Malaysia yang mana majoriti paling ramai penduduk Malaysia.

Aku nak kongsikan dengan korang 2 video. Betapa rendahnya akhlak perempuan dan lelaki yang ada dalam PASpispus !

Perhatikan video pertama ini. Adakah ini muslimah PAS yang menyatakan mereka ini srikandi Islam ?


Apakah bezanya MUSLIMAH PAS ini dengan PENYANYI GEREJA ini ? Tiada bukan...? Adakah keterlaluan jika aku memanggil yang seumpama ini seperti jalang ?

Ada sikit ingatan aku nak sampaikan kepada Muslimah PAS yang berselindung dibalik topeng Islam;


Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :


مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

Perhatikan video kedua pula. Inikah Khalifah muka bumi yang diamanahkan oleh Allah menjaga kaum Hawa ? Macam tidak bukan...? Lebih serupa seperti binatang !


Apa pandangan korang melihat aksi beruk jadian PASpispus ni...? Inilah jantan-jantan dayus dan mereka ini bukanlah manusia yang dijadikan Allah untuk menjadi Khalifah sejati ! Adakah keterlaluan jika aku memanggil yang seumpama ini seperti jantan sundal ?

Disini aku nak kongsikan coretan dari Tun M tentang PAS ini. Wajar untuk umat Islam menolak PAS !


Kejatuhan Negara Islam PAS

1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna “perjuangan untuk Negara Islam ala PAS” untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.

2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam – Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.

3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.

4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS.

5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.

6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.

7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.

8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.

Pada hemat aku, Tun M lebih Islam dari Tok Gundu Nik Ajis !

Tepuk sejadah dan tanyalah iman.. Moga Allah AMPUNI DOSA Nik Aziz !!! 


Sumber : KGC

1 comment:

  1. Semoga Allah akan terus memelihara Malaysia di bawah kepimpinan BN dan UMNO khususnya...amin!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??