Tuesday, 31 January 2012

GEMPAR !!! HASSAN DAN 7000 HADIRIN BERIKRAR TIDAK AKAN BAGI UNDI PADA PKR DAN DAP !!!

Jangan bagi undi pada DAP dan PKR – Hasan Ali

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali meminta hampir 7,000 muslimin dan muslimah di kawasan Parlimen Bukit Gantang supaya tidak memberi walaupun satu undi kepada calon-calon DAP dan PKR yang bertanding dalam PRU ke13 yang akan datang.

Ketika berceramah di Dataran Bukit Gantang malam tadi, Hassan berkata ini disebabkan kedua-dua parti itu bukan saja menentang lslam bahkan memaksa PAS mendengar cakap mereka.

Katanya, beliau dipecat dari parti itupun ada kaitan dengan tekanan dari DAP dan PKR kerana beliau selaku EXCO kerajaan negeri begitu lantang mendaulatkan lslam di Selangor.

“Mereka takut saya mendaulatkan lslam sedangkan sebagai orang lslam menjadi kewajipan kita membenteras gejala murtad, pengharaman arak dan sebagainya”katanya.

Sebagai contoh katanya isu murtad yang sangat menakutkan umat lslam cuba dibanteras termasuklah dengan melakukan serbuan ke sebuah gereja tetapi DAP dan PKR nampaknya membantah usahanya.

Hasan seterusnya mengajak orang ramai berikrar supaya mereka tidak menyokong atau mengundi DAP dan PKR dalam pilihanraya akan datang.

Secara serentak kedengaran orang ramai berteriak dan bertepuk sorak menyetujui cadangan mantan EXCO kerajaan negeri Selangor itu.


Ceramah Hasan di Bukit Gantang adalah julung-julung kali sebelum beliau memulakan road show di semua negeri sama ada di negeri-negeri diperintah pembangkang ataupun dikuasai BN.

Kira-kira 7,000 orang hadir di majlis berkenaan. Sekali sekala kedengaran laungan takbir dari orang ramai yang mengerumuni dataran Bukit Gantang itu.

Dua kejadian pelik lampu padam sebaik beliau mendakwa pembangkang dan PAS hanya berminat untuk ke Putrajaya daripada memperjuangkan lslam termasuklah isu arak, murtad dan sebagainya.

Kawasan parlimen Bukit Gantang diwakili bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga Adun Pasir Panjang.


Ketua UMNO bahagian Bukit Gantang Datuk Rosli Husin yang hadir di majlis berkenaan menyifatkan kenyataan Hassan sebagai ‘membuka mata rakyat tentang belang PAS.”

“Saya teruja dengan program Hasan di sini kerana rakyat di kawasan ini yang selama ini dipesongkan pemikiran mereka kini dapat maklumat baru membolehkan mereka kembali membuat keputusan lebih rasional.

“Saya berharap Hasan akan menjelajah ke semua kawasan parlimen sebelum PRU ke13 bagi mendedahkan belang Pas serta sikap DAP dan PKR dalam konteks memperjuangkan lslamdi negara ini”katanya kepada Peraknews.

Hassan berulang kali menyatakan kekecewaannya kerana Pas terperangkap didalam permainan DAP dan PKR sehingga parti itu sanggup mengambil tindakan kepada ahli sendiri dari menyokong perjuangannya.

“Saya dipecat kerana menentang usaha pihak tertentu memurtadkan umat lslam di Selangor” katanya sambil bertanya apakah tindakan PAS itu boleh dikatakan suatu yang rasional.

Hasan berkata beliau kecewa kerana DAP dan PKR begitu lantang menentang lslam sejak kebelakangan ini.

Beliau menyebut isu murtad yang diperjuangkan sehingga beliau menjadi mangsa korban PAS kerana parti itu mendapat tekanan dari DAP dan PKR.

Bekas EXCO kerajaan Selangor itu kecewa kerana PAS menjadi penakut bila berdepan dengan tekanan DAP yang nampak sangat tidak suka beliau memerangi gejala murtad yang menjadi-jadi di Selangor.

Dengan demikian beliau mahu para pengundi dan orang ramai supaya tidak lagi menyokong ataupun memberi undi sebagai satu cara mengajar mereka menghormati agama lslam dan umat lslam di negara ini.

Sumber : peraknews


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??