Thursday 26 January 2012

KANTOI !!! PEMBOHONGAN PAKATAN HARAM JADAH DIBONGKAR PEREKA AUSTRALIA BERKENAAN !!!

Pereka Australia Nafi Dedah Perbelanjaan Rosmah

Pereka Australia Nafi Dedah Perbelanjaan Rosmah

Ternyata pihak pakatan sudah kehabisan modal hingga terpaksa mengupah wartawan paling teruk di Australia. Berita yang disebarkan oleh wartawan gosip dianggap sebagai pemberitaan yang benar oleh kesemua penyokong haprak pakatan.

Pengakuan daripada Carl Kapp membuktikan Malaysiakini dan blog pakatan adalah media murahan yang langsung tidak boleh dipercayai. Pembohongan dikatakan fakta, jika pihak yang dituduh menafikan dikatakan cuba mengelakan. Begitulah permainan persepsi pakatan, jawab salah tak jawab pun salah.

Fitnah mereka dikatakan semuanya betul,walaupun yang empunya badan sudah memberi penerangan tetapi ditolak bulat bulat.Begitulah corak dan bentuk penghakiman dan mahkamah pakatan yang jahat.

Penjelasan daripada Carl Kapp petikan dari Mstar-

Pereka Australia, Carl Kapp pada Rabu membuat penjelasan mengenai dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325, 000) di Sydney semasa lawatannya ke sana baru-baru ini dengan 'kumpulan yang agak besar'.

Kapp menerusi kenyataannya menjelaskan, pembelian yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat bersama kumpulannya termasuk mereka yang terlibat dengan Festival Fesyen Islamik di mana beliau menjadi penaungnya.

"Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya berhubung kunjungan klien saya ini, saya tidak pernah nyatakan jumlah sebenar yang dibelanjakan di kedai saya.

"Pihak Datin Seri rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang besar dan semasa kunjungannya, pihak beliau termasuk kenalannyan, pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islamik telah membuat pembelian berasingan dan pelbagai.

"Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung kepada festival fesyen itu," katanya menerusi kenyataan kepadaMalaysiakini.

Rosmah sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau seorang yang boros malah menyifatkan menjadi mangsa kepada kepada tuduhan liar pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu Kapp turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk kepentingan Rosmah.

"Perkara ini juga tidak tepat. Lawatan ke beberapa bahagian di Asia termasuk Malaysia dibuat bagi tujuan pemasaran serta untuk mencari material bagi produk terbaru kami. Ia termasuk dalam jadual kerja saya dan ia adalah urusan perniagaan yang biasa.

"Pada pandangan kami adalah tidak adil sebuah artikel memberi gambaran bahawa Carl Kapp sebagai sebuah syarikat yang tidak berhemah malah sedia mendedahkan maklumat peribadi mengenai klien kami," katanya.

Sumber : KGC


Psssstttt... KANTOI lagi... Tuihh...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??