Sunday 15 January 2012

PANAS !!! JUSTICE 4 SAIFUL !!! ROUND 1 FOR YOU !!!


Peguam Negara diharap kemuka rayuan


Beberapa orang blogger mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Blogger House PK (http://parpukari.blogspot.com) antaranya melahirkan harapan agar Abdul Gani mengambil kira semua aspek kerana ia melibatkan keadilan untuk mangsa seperti Mohd. Saiful.

Jelas blogger berkenaan, beliau perlu meneruskan proses rayuan dan jangan gentar dengan pendapat pihak yang menolak usaha tersebut.

"Apa nak takut? Selama ini pun, kalangan pembangkang dah kata macam-macam pasal hakim dan mahkamah. Apa nak hairan? Bila keputusan menyebelahi mereka, mereka suka, kalau tak, mereka akan bikin (buat) kecoh. Kalau nak layan dengan gelagat depa (mereka) ni, alamatnya hancurlah negara kita.

"Apa pun, Mohd. Saiful wajib diberi keadilan. Peguam Negara, ramai rakyat sedang memerhati. Ramai yang tidak berpuas hati. Masih ada peluang buat Mohd. Saiful. Jadi, tolong jangan hampakan kami, kami mahukan keadilan untuk Mohd. Saiful," katanya dalam entri bertajuk 'AG kena teruskan dengan rayuan dalam kes Anwar liwat Saiful'.

Hal sama turut disuarakan blogger Blog MIK (http://medan-info-kita.blogspot.com).

Dalam entri bertajuk 'Blog MIK sertai desakan rakan-rakan blogger... Peguam Negara failkan rayuan kes liwat Saiful', blogger berkenaan menjelaskan Mohd. Saiful layak untuk mendapat pembelaan dan keadilan buat dirinya.

"Kita menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang diputuskan oleh Hakim Datuk Zabidin Mohd. Diah. Pihak pendakwaraya sudah membuat keputusan untuk merayu dan kini segala-galanya terletak di tangan Peguam Negara untuk meneruskan proses keadilan buat Mohd. Saiful," tegasnya.

Sementara itu, blogger Papa Gomo (http://www.papagomo.com) pula berkata, dalam undang-undang, hanya Peguam Negara yang mempunyai kuasa untuk mendakwa, merayu atau menarik balik pendakwaan.

"Justeru, keputusan kini hanya terletak pada Peguam Negara sama ada untuk merayu atau tidak. Kepada beliau, buktikanlah bahawa anda juga seorang 'anak jantan'. Berani kerana benar dan takut kerana salah," katanya.

Dalam pada itu, blogger The Unspinners (http://theunspinners.blogspot.com) mempersoalkan tindakan Majlis Peguam yang menuntut pihak pendakwaraya supaya tidak membuat rayuan dalam kes berkenaan. - Utusan


Psssstttt.... JUSTICE 4 SAIFUL !!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??