Thursday 15 December 2011

GEMPAR !!! AGENDA MEREPUBLIKKAN MALAYSIA DILANCAR DAPigs !!!

Berjayakah DAP dengan Republik Malaysia?



TANGGAL 13 Disember 2011, Negara menyaksikan pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara gilang gemilang di Istana Negara, Jalan Duta yang dipersoalkan pembinaannya oleh parti pembangkang yang diterajui oleh Parti DAP, walaupun rakyat menganggap ia sebagai mercu kebanggaan negara ini.

Sistem penggiliran YDPA di Negara ini adalah sistem tunggal yang diamalkan di dunia, tetapi sistem yang menjadi tunggak keamanan dan perpaduan di Negara ini, kini menghadapi gerakan-gerakan halus dengan menggunakan orang Melayu untuk menukar sistem yang sedia ada.

Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diguna pakai sejak 54 tahun lalu telah berjaya menyatupadukan masyarakat di Negara ini dengan memberikan kebebasan kepada `kaum imigran’ mengamalkan budaya, bahasa dan agama mereka, sebaik sahaja diberikan taraf kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957.

Sikap prikemanusiaan yang ditunjukkan oleh masyarakat pribumi di tanah Melayu iaitu orang Melayu tidak mendapat balasan yang setimpal, sebaliknya suara-suara tuntutan kesamarataan dilaungkan dengan matlamat menghapuskan Ketuanan Melayu.

Sebagai contoh, tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang secara terbuka menyatakan bahawa apabila DAP berjaya membentuk kerajaan pusat, antara tindakan yang akan diambil ialah dengan mengurangkan separuh dari 1.2 juta penjawat awam di Negara ini.

Mungkin kenyataan ini tidak begitu sensitif bagi mereka yang bukan penjawat awam, tetapi apabila dihalusi ia sebenarnya bertujuan untuk mengenepikan kuasa YDPA dan Raja yang termaktub di bawah Perkara 135 Perlembagaan Persekutuan menyebut Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat.

Sebelum 31 Ogos 1957, penjawat awam memegang jawatan selama diperkenan oleh negeri. Ini bermakna dari segi teori penjawat awam boleh ‘dibuang kerja’ pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa alasan tanpa menimbulkan apa-apa alasan tindakan terhadap pembuangan kerja.

Selepas 1957 iaitu apabila perlembagaan berkuatkuasa di bawah fasal (2A) Perkara 132 memperuntukkan bahawa pegawai Persekutuan memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan pegawai negeri pula selama diperkenankan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Begitu juga dengan tindakan seorang khatib di Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang mengantikan nama YDPA dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di dalam doa khutbah jumaat, sedang dalam perlembagaan Perkara 3 (2) menyatakan bahawa negeri yang tidak beraja, ketua agama Islam ialah YDPA.

Menyingkap penulisan berbentuk hasutan blogger yang tidak berani menghadapi kebenaran, Raja Petra Raja Kamaruddin di mana dalam tulisannya menggesa supaya orang Melayu diberikan sedikit masa untuk membuang institusi raja-raja Melayu.

Blogger tambatan Pakatan Pembangkang ini, semakin lantang kerana orang melayu di dalam PAS dan PKR tanpa perasaan bersalah mempertahankan kenyataan `derhaka’ itu.

Trend sedemikian semakin menjadi-jadi pula dengan kenyataan `kurang ajar’ pensyarah kontroversi Aziz Bari dari UIA yang mempersoalkan kuasa dan tindakan Sultan Selangor berhubung percubaan memurtadkan orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama.

Anehnya, apabila pihak pengurusan UIA menggantung tugas pensyarah berkenaan, PAS , PKR serta golongan mahasiswa memberontak dengan mengadakan demontrasi kerana mendakwa `orang mereka’ dianiaya.

Bukankah tindakan tersebut ternyata mencabar kedudukan Sultan Selangor. Kenapa pihak berkenaan tidak menasihatkan atau menegur kenyataan pensyarah berkenaan yang secara nyata ‘kurang ajar’ dengan ketua Agama Islam di Selangor.

Banyak lagi tindakan parti pembangkang serta ngo di bawah naungan mereka yang semakin hari secara terbuka mempertikaikan kedudukan institusi raja.

Adakah PAS bersekongkol untuk merealisaikan Deklarasi Setapak 1967 DAP yang mahu menubuhkan sebuah kerajaan Republik?

Perlu diingat, kewujudan Raja-Raja Melayu adalah disebabkan wujudnya orang Melayu dan hanya orang Melayu sahaja yang boleh menamatkan riwayat institusi Raja mereka.

Untuk merealisasikannya ialah dengan menabur fitnah sehingga menimbulkan rasa kebencian orang Melayu terhadap institusi raja dan akhirnya hasrat DAP untuk mewujudkan sebuah Negara republik dengan bantuan orang Melayu yang dicucuk hidungnya berjaya.

Semoga Allah melindungi kita daripada anasir-anasir berkenaan.

Daulat Tuanku.

Sumber : KGC


Psssttt... melayu bangsat yang sokong DAPigs ni memang lahanat... tuihhh... sial...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??