Saturday, 10 December 2011

GEMPAR !!! DAP MAKI KAUM INDIA !!!

SCOOP PANAS ! Pemimpin India Di MAKI Oleh Rakan DAP !!

Siapa yang tidak kenal dengan R.S.N Rayer, ADUN DAP Seri Delima yang telah menipu terang-terangan kaum India di Kampung Buah Pala.

Video di bawah sudah cukup menyebabkan kaum India begitu marah kepada ahli politik hingusan DAP itu :-


Rayen DAP menipu kaum India

Baru-baru ini Rayen penipu itu melenting pula tetapi kali ini beliau mengutuk rakan sendiri dalam DAP. Sama ada kebetulan atau tidak, rakan yang dikutuk ialah seorang berbangsa India, Ramasamy, TKM 11 Pulau Pinang !

Perbalahan sesama pemimpin DAP di Pulau Pinang yang melibatkan pemimpin India sudah tentu mengingatkan kita kepada pemimpin India DAP yang dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin DAP.

Tetapi dalam masa yang sama, pemimpin DAP berbangsa Cina seperti Ng Wei Aik, Nga Kor Ming dan Lim Guan Eng terlepas begitu tanpa menerima hukuman seperti pemimin India DAP.

Sikap double standard ini jelas menunjukkan kerasisan di dalam DAP itu sendiri.

1. Walaubagaimana pun, MiM mendapat khabaran bahawa kepimpinan India dalam parti DAP akan melakukan sesuatu yang drastik selepas ini.

2. MiM tidak menyalahkan mereka kerana sebagai ahli politik, pemimpin India DAP juga mahu dilayan setaraf pemimpin Cina DAP.

3. Dan berapa lama pemimpin India DAP sanggup diperkotak-katikkan, dilabelkan sebagai pengecut dan diperlekehkan begitu sahaja?

4. Lagi pun, mereka mempunyai alternatif lain yang lebih menyakinkan! Kita tunggu PU13 kelak dan anda akan tahu maksud 'alternatif' tersebut!

Baca laporan berita di bawah :-


GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima R.S.N. Rayer mencabar Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P.Ramasamy dan pembantu peribadinya M.Satees Kumar mengemukakan bukti dan menamakan dua ADUN Pulau Pinang yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa seperti yang didakwa dalam sebuah laman sosial.
Rayer yang juga Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang berkata, beliau memberi masa 24 jam kepada mereka berdua untuk tampil mengemukakan bukti dan menjelaskan dakwaan berkenaan.
"Saya cabar mereka mengemukakan bukti, menamakan ADUN yang didakwa dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polis, sekiranya mereka gagal melakukannya mereka adalah pengecut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan Satees Kumar memuat naik dalam sebuah laman sosial mengenai salah laku yang dilakukan oleh dua ADUN di Pulau Pinang.
Satees Kumar mendakwa bahawa salah seorang daripada ADUN itu telah dipaksa untuk meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan telah dibayar komisen oleh pemaju.

Sumber : MiM


Psssstttt..... dah lama aku tau DAP ni rasis.... manusia yang bebal je yang tak nampak... tambah-tambah Melayu Islam yang dengan DAP tu... bodoh lagi bebal...!!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??