Tuesday 13 December 2011

GEMPAR !!! LIWAT SUKARELA ????


KUALA LUMPUR, 12 Dis – Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.

Beliau berkata pada akhir kes pembelaan, mahkamah mestilah mempertimbangkan sama ada kes terhadap tertuduh (Anwar) itu telah dibuktikan melangkaui keraguan munasabah.

“Dalam penghujahan, pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan,” kata Karpal.

Beliau memberikan hujah pada akhir kes pembelaan Anwar, 64, yang menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Karpal berkata daripada keterangan saksi pembelaan, pakar bedah Ortopaedik Dr Thomas Hoogland dengan jayanya “meruntuhkan” keterangan Mohd Saiful berkaitan kemampuan tertuduh (Anwar) untuk melakukan aksi liwat seperti yang digambarkan oleh Mohd Saiful.

Beliau berkata Dr Hoogland dalam keterangannya berkata adalah tidak mungkin seorang lelaki dalam umur itu boleh melakukan aksi seks seperti yang digambarkan oleh Mohd Saiful.

“Adalah menarik bahawa Saksi Pendakwaan pertama (SP1) (Mohd Saiful) ketika disoal balas menyatakan bahawa “pada hari tersebut, beliau (Anwar) melakukannya dengan laju dan rakus,” kata beliau.

Karpal berhujah bahawa keterangan Dr Hoogland, keterangan Mohd Saiful, dengan itu, dalam perkara ini SP1 tidak boleh dipercayai dan memusnahkan pertuduhan terhadap Anwar.

Beliau juga berkata keterangan mengenai tingkah laku Mohd Saiful, sebelum dan selepas dakwaaan liwat itu, tidak boleh dipercayai.

“Sukar untuk dipercayai SP1 (Mohd Saiful) yang bertindak seperti sebutir bom yang patuh dengan arahan tertuduh walaupun banyak peluang untuknya keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan. Beliau memilih tidak berbuat demikian,” kata Karpal.

Karpal berhujah bahawa tidak ada keterangan bahawa pintu ke bilik tidur itu dikunci dan Mohd Saiful boleh berlari keluar dari bilik itu ke ruang tamu.

Beliau juga boleh meminta tolong dan bantuan daripada penghuni yang tinggal di unit bertentangan kondominium itu dan membuat aduan kepada mereka, kata Karpal.

“Sebaliknya, beliau (Mohd Saiful) berkata beliau menerima perlawaan tertuduh (Anwar) ke ruang makan,” kata Karpal.

Karpal juga berkata kredibiliti Mohd Saiful terus terhakis kerana beliau (Mohd Saiful) lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.

Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Mohd Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Mohd Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.

Sambil memberikan beberapa undang-undang kes, Karpal berkata kenyataan dari kandang oleh Anwar apabila beliau dipanggil untuk membela diri, boleh diambilkira sebagai memberikan keterangan.

Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung Selasa – Bernama



Pssstttt... Karpal lupa ke... Liwat berlaku dalam keadaan sukarela dan bukannya paksaan... ayat sapa ni... hahahaha...


Ketahuilah (semoga Allah Subhaanahu wa ta’ala menunjukimu) bahwasanya Rasulullah ` bersabda,

“لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَعَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ”.

“Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.” - Hadis ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim,
Ia berkata, “Sanadnya shahih dari Abu Hurairah secara marfu’ dengan lafal: “….. dilaknatlah siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth….” Beliau mengulangnya sebanyak tiga kali, sampai pada akhir hadis.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??