Tuesday 13 December 2011

GEMPAR !!! TONY PUAKA BUAT HAL LAGI !!!

Niat Tony Pua Fitnah Scorpene Terbongkar Untuk Singapura

Niat sebenar para pemimpin pakatan dan DAP yang menyerang perolehan aset kapal selam negara kini terbongkar, terutamanya Tony Pua dan para pemimpin DAP. Mereka begitu teruk menggasak Kementerian Pertahanan agar mendedahkan spesifikasi Scorpene kepada umum. Tidakkah kita sedar bahawa jika kita mendedahkan spesifikasi kapal selam negara sudah pasti pihak negara asing seperti Singapura akan tahu rahsia aset penting negara.

Singapura baru melancarkan kapal selam yang terbaru, ini membuktikan berlaku arahan risikan untuk mendapatkan maklumat spesifikasi kapal selam milik Malaysia. Maka ahli parlimen DAP memainkan peranan untuk mendapatkan maklumat. Baru baru ini Lim Guan Eng turut menaiki Scorpene, pihak kerajaan harus berhati hati dengan agen agen PAP yang sudah pasti akan membocorkan maklumat penting kepada Singapura.


TABIK HORMAT: Anak kapal RSS Archer memberi tabik hormat kepada Panji-Panji RSN di perasmian kapal selam itu semalam. -- Foto MINDEF


OPERASI kapal selam tercanggih Singapura, RSS Archer, dirasmikan semalam, lebih dua tahun setelah ia dilancarkan di Sweden.

Sebelum tiba di Singapura Ogos lalu, kapal selam tersebut bersama anak kapalnya telah menjalani latihan dan ujian di Sweden.

Kapal selam kedua kelas Archer, RSS Swordsman, masih di Sweden bagi menjalani ujian kelautan.

Dalam hujan renyai-renyai di Pangkalan Laut Changi semalam, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, mengisytiharkan RSS Archer itu sebagai kapal perang milik Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN)

Beliau menarik perhatian bahawa kapal selam kelas Archer itu, yang dilengkapi dengan perejangan bebas angin dan sistem sonar canggih, mempunyai ciri-ciri yang lebih sukar dikesan berbanding kapal selam terdahulu, iaitu kapal selam kelas Challenger.

Selain meningkatkan keberkesanan operasi RSN, kapal-kapal selam itu akan digunakan bagi 'membina keyakinan bersama angkatan-angkatan tentera lain' dan mengukuhkan kerjasama di rantau ini dalam kerja-kerja menyelamat berbilang hala, ujar Dr Ng.

Beliau menambah bahawa RSN akan terus membangun dan memodenkan keupayaan tentera maritimnya bagi melindungi kepentingan Singapura.

Dalam upacara semalam, Dr Ng juga mentauliahkan Leftenan-Kolonel Jack Nyeo sebagai Pegawai Komander RSS Archer.

Turut hadir di upacara itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman; Panglima Angkatan Tentera Singapura (SAF), Leftenan-Jeneral Neo Kian Hong, Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Ng Chee Peng; serta para wakil angkatan tentera negara lain.


Sumber : KGC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??