Sunday, 18 December 2011

GEMPAR !!! MODUS OPERANDI TERANCANG MEMURTADKAN UMAT ISLAM !!!



Organisasi murtadkan umat Islam?


Sebahagian orang ramai yang menyertai perhimpunan sejuta umat di Kuala Kangsar, semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) peringkat negeri Perak di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Himpun, Azmi Abd. Hamid; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya beberapa bulan lalu, terdapat 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut.


Sumber : Utusan Malaysia


Pssssttt... Mubaligh pakai jubah dan solat berjemaah sesama Umat Islam... Semakin berani puak-puak Dajjal Laknatullah ni... Harap semua Umat Islam ni bukalah mata... Selangor antara negeri termaju di Malaysia boleh ada perkara-perkara macam ni... Tapi di Kelantan ada yang lagi pemudahcara... ada yang berlagak Ulama' untuk sesatkan Umat Islam !!! ~Akhir Zaman~

3 comments:

  1. Dajjal Al-Masih....hati2 kawan. Al-Masih ialah gelaran kepada Nabi Isa a.s. Jangan pulak kaitkan baginda dengan Dajjal....bawa istighar.

    ReplyDelete
  2. itu mubaligh yang sembunyi2 sedangkan yang terang2 pun ada, siap dilabel jadi nabi pun ada dah. yang menjalankan upacara peringati kematian kawan berugama lain, sembahyang mayat org kristian dengan menyalakan lilin depan mayat dsb. so aa kita nak buat dengan orang2 mcm ni kerana depa ni terang terang memesongkan akidah org Islam?

    ReplyDelete
  3. yang tunduk2 depan abu mayat org kristian pun ada.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??