Saturday 10 December 2011

GEMPAR !!! PAS KHIANATI DAP !!!




Agak menarik sekali apabila pengumuman Nik Amar Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan bahawa DAP langsung tidak akan diberikan tempat untuk bertanding di Kelantan.

Katanya PAS dan PKR masing masing mahu mengekalkan status quo agihan kerusi. PAS akan bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima DUN. 

Menurut sumber daripada ibu pejabat DAP, tindakan PAS Kelantan ini amat mengecewakan mereka. Cakap-cakap dari kalangan pemimpin DAP turut melahirkan rasa tidak puas hati mengenai tindakan PAS yang langsung tidak memberi peluang kepada DAP untuk bertapak di Kelantan.

Kasih sayang DAP kepada PAS dibalas dengan tuba. Pemimpin DAP turut melahirkan rasa marah dan akan bertindak untuk melakukan 'sesuatu' untuk memberi pengajaran kepada PAS agar lebih berhati hati dalam segala tindakan mereka.

Apa yang dapat kita lihat mengenai tindakan yang bakal DAP lakukan, ini sebagai bukti bahawa DAP sememangnya tidak akan bertolak ansur dalam soal pembahagian kerusi oleh PAS. Kebarangkalian DAP secara sulit akan mensabotaj calon-calon PAS demi memberi pengajaran agar lebih beringat mengenai penguasaan DAP didalam pakatan mereka. 

Sebelum ini tuduhan yang dibuat oleh pihak BN bahawa PAS adalah tungangan DAP adalah benar berdasarkan tindakan dan perkara yang berbangkit.

Sumber : KGC


Pssstttt... aku tak akan rasa hairan kalau kat Penang nanti DAP tak bagi walau 1 kerusi pon kat PAS... tambahan sikap PAS ini memang telah diketahui sejak dari zaman PAS di dalam BN... sejarah juga membuktikan PAS diterajang keluar dari BN kerana sikap "tikam-tikam belakang" ini... sejarah telah pun membuktikan... jika dulu bersama BN dia khianati kepercayaan BN, kenapa pula PAS tidak akan berbuat yang sama kepada team pakatan nya sekarang... aku ulang lagi... SEJARAH TELAH MEMBUKTIKANNYA...!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??