Monday, 5 December 2011

PANAS !!! LAGI MELAYU DIPERBODOHKAN DAPigs !!!


DAP berjaya bodohkan Melayu Sekinchan

Agak terkejut dan kelakar bila aku membaca satu article di Selangorkini yang bertajuk "20 Tahun Subsidi Padi Tidak Dinaikkan,Hampir 100 Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan".

Pada 22hb November 2011, seramai 100 petani dan pesawah dari sekitar Seknchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang yang diketuai oleh Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mengadakan demonstrasi yang menuntut Menteri Pertanian, Asas Tani dan Industri Dato' Sri Noh Omar meletak jawatan.

Mereka ini mendakwa bahawa duit sebanyak RM110 Juta dilesapkan oleh Menteri Pertanian, Asas Tani dan Perindustrian ini. Didalam demonstrasi jalanan itu juga mereka menuntut untuk subsidi padi dinaikkan dari RM24.81 kepada RM50 per 100kg.

Sekarang mari kita lihat article dari Bernama ;
653 terima Insentif Peningkatan Hasil Padi hampir RM1juta
TANJONG KARANG 4 Dis. – Seramai 653 pesawah di Tanjong Karang hari ini mula menerima Insentif Peningkatan Hasil (IPH) Padi berjumlah hampir RM1 juta seperti yang diumumkan kerajaan bulan lepas.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, IPH Padi sebanyak RM980,482 yang diberikan kepada pesawah di sini merupakan sebahagian daripada IPH Padi bernilai RM110 juta yang juga akan diagih-agihkan kepada 73,291 pesawah di seluruh negara.
Katanya, IPH Padi itu diberikan kepada pesawah yang berjaya meningkatkan hasil padi mereka sejak tahun 2007 di mana setiap peningkatan hasil padi melebihi satu tan metrik melayakkan pesawah menerima insentif RM650.
“Contohnya sekiranya pada musim lepas pesawah berjaya mengeluarkan enam tan hasil padi, manakala pada musim ini pengeluaran hasil padi bertambah kepada sembilan tan, pesawah akan mendapat insentif bagi tambahan tiga tan hasil, dengan nilai RM650 setiap tan,” katanya pada satu persidangan media selepas menyampaikan bantuan itu di Kilang Beras Bernas Seri Tiram Jaya, di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burung, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias.
Menurutnya, bagi pengeluaran hasil padi melebihi 10 tan pula, pesawah layak menerima insentif berkenaan beserta bonus bernilai RM650 tiap satu hektar kawasan padi.
Beliau berkata, sebelum ini pembayaran tidak boleh dilakukan kerana peruntukan untuk pembayaran insentif itu tidak mencukupi memandangkan jumlah pesawah yang berjaya menambah peningkatan hasil padi melebihi jangkaan.
Sementara itu, Noh berkata, RM922,401 bantuan ihsan diberikan kepada 982 pesawah yang terbabit dalam bencana banjir di beberapa kawasan di Sungai Besar, Sabak Bernam pada Oktober lepas.
Beliau berkata, dalam kejadian itu kira-kira 1,053 hektar kawasan sawah di Panchang Bedena 1, Panchang Bedena 2, Panchang Bedena 3, Panchang Bedena 4, Bagan Terap 1, Bagan Terap 2 dan Bagan Terap 3 terjejas teruk akibat bencana itu.
“Kami juga sedang giat menaik taraf pelbagai insfrastruktur termasuk beberapa terusan, membina kolam tangkungan dan menyelenggara parit bagi mengalirkan air dari sawah, bagi mengelak kejadian serupa berulang,” katanya. – BERNAMA

Apa yang dapat aku rumuskan disini adalah agenda demonstrasi berkenaan hanyalah sekadar untuk mendapatkan publisiti murahan. Taktik lama yang selalu digunakan pembangkang. Kalau nak sangat glamour dan publisiti baiklah pergi jadi artis !!!

Dari pemerhatian aku, rakyat Sekinchan ini hanyalah sekadar alat kepada DAP bagi menarik publisiti murahan jalanan. Rakyat Sekinchan yang majoriti adalah Melayu telah diperbodohkan oleh DAP. Tak tahulah aku nak ucap tahniah pada DAP atau rakyat Sekinchan ni. Ini kerana mereka ini telah berjaya diperbodohkan oleh DAP tanpa mereka sedari bahawa inilah agenda utama DAP.

Pesawah dan petani yang berdemonstrasi jalanan ini, lebih mementingkan "perarakan jalanan" daripada memikirkan untuk meningkatkan hasil padi mereka. Mereka juga mementingkan diri. Tetapi aku tidak salahkan mereka sepenuhnya kerana ini adalah tindakan dari hasutan puak-puak DAP. Untuk makluman petani dan pesawah berkenaan RM110juta itu diagihkan bukan kepada 100 orang yang berdemonstrasi sahaja tetapi kepada 73,921 pesawah/petani seluruh negara. Masakan 110Juta itu hendak dilonggokan depan mereka sahaja kerana bukan mereka sahaja pesawah di Malaysia.

Sumber : KGC


Psssttt... ADUN Sekinchan mabuk todi ni la yang langgar Melayu ari tu... Tuihhh... Sial..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??