Monday, 5 December 2011

PANAS !!! PKR SELANGOR PENIPU BESAR !!!

Kerajaan PKR Selangor gagal tunai janji PRU12





KUALA LUMPUR 2 Dis. - “Bila rumah tidak berketua, celaka datang bala menimpa, bila negeri pemimpin kurang bijaknya, alamat hidup aniaya menganiaya.’

Itulah rangkap pantun yang dilontarkan oleh wakil Selangor, Datuk Johan Abd. Aziz bagi menggambarkan nasib rakyat Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebenarnya menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.

Menurut Johan, kegagalan dan kerakusan kerajaan PKR di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadikan Selangor, negeri paling maju di negara ini muflis.

Jelasnya, pakatan pembangkang dalam manifestonya pernah berjanji akan membuka tabung permulaan sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.

Bagaimanapun, katanya, persoalan timbul apabila laporan Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) menunjukkan, sehingga 16 April 2010 hanya 300 bayi yang mendapat kemudahan tabung tersebut.

“Mereka juga berjanji akan memberikan bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan prasekolah, elaun kepada ibu-ibu tunggal yang layak dan elaun khas kepada suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka sekiranya diberi amanah memerintah negeri Selangor.

“Dah perintah pun, tak pernah dapat pun, sudah tiga tahun memerintah. Malah, Wan Azizah (Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ibrahim) baru-baru ini berjanji di Johor akan memberi RM1,000 kepada setiap rumah. Adakah kita masih leka dengan janji-janji palsu pakatan pembangkang ini?,” soalnya ketika membahaskan usul ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.


Sumber : KGC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??