Saturday 10 December 2011

PANAS !!! SHHHH... ANTARA SYABAS DAN KHALID !!! SULIT !!!


KUALA LUMPUR: Saman fitnah berhubung program Tabung Budi yang dibawa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu, mencapai penyelesaian.

Hakim Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah mencatatkan terma penyelesaian oleh kedua-dua pihak dalam kamar.

Peguam Firdaus Husni, yang mewakili Abdul Khalid, memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak telah mencapai satu persetujuan bagi menyelesaikan perkara itu.

"Plaintif (Syabas) menarik balik tindakan itu. Hari ini kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan tindakan itu (saman)," katanya.

Peguam S.Ravindran yang mewakili Syabas memberitahu pemberita bahawa perbincangan diadakan antara kedua-dua pihak berhubung penyelesaiannya pada Isnin apabila saman itu didengar di hadapan Hakim Amelia.

"Saman itu tidak akan diteruskan lagi, perkara itu telah selesai," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan terma penyelesaian, dengan berkata ia adalah sulit.

Seorang lagi peguam Cheng Chang Chai berkata empat saksi plaintif telah memberi keterangan semasa perbicaraan, yang bermula pada 24 November manakala defendan masih belum memulakan kesnya.

Syabas memfailkan saman terhadap Abdul Khalid pada Januari tahun ini, dengan mendakwa bahawa Abdul Khalid telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap syarikat dalam sidang akhbar pada 22 November tahun lepas berhubung program Tabung Budinya.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syabas berkata kenyataan fitnah dibuat Abdul Khalid diterbitkan dalam satu artikel bertajuk "Tarik Balik Lesen Syabas - Khalid", yang dikeluarkan Bernama pada hari yang sama, dan Harian Metro pada 23 November.

Syabas berkata kenyataan Abdul Khalid boleh membawa makna bahawa Syabas telah menipu orang ramai dengan program Tabung Budinya. Syarikat konsesi itu menuntut ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Abdul Khalid dalam kenyataan pembelaannya, berkata Syabas tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman fitnah kerana ia dibuat dalam satu majlis awam dan beliau tidak bertanggungjawab dengan laporan media yang diterbitkan oleh pihak ketiga. - BERNAMA

Diatas ni kenyataan dari wartawan Bernama. Sepanjang kontroversi kes Syabas ni pernah aku ikuti masa mula-mula Syabas difitnah. Bila Syabas memfailkan saman itu satu jalan terbaik bagi membetulkan persepsi masyarakat pada Syabas yang dituduh menipu rakyat dengan tabung budi tu. Aku sendiri pernah sumbangkan untuk tabung budi.

Kenyataan diatas sungguh SULIT sepertimana yang dinyatakan bahawa terma penyelesaian tidak dapat diumumkan kerana ianya SULIT. Erkkk... SULIT ????


Pssstttt.... ada ape-ape ke SYABAS dengan Khalid ni...??? Baik punya kaw tim ni... Hahahaha...

2 comments:

  1. Khalid lupa dia (State GLC) ada 30% kepentingan dlm Syabas..

    ReplyDelete
  2. ermm.. betul jugak tuh... bila kita ada 30% kepentingan dlm sesubua syarikat... kita perlu lihat hala tuju syarikat.. adakah ianya berbaloi..

    macam tu lah... bila bisness dipolitikkan..maka tak kemana bisness itu... jd biar orang bisness untuk bissness... jngn pentingkan unsur politik.. nanti rakyat selangor yg rugi.. org politik sentiasa untung... bisness x semstinya untung..

    knpa org politik utg?
    sbb dorg nie cakap.. bukan gunakan penjanjian hitam putih....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??