Wednesday 14 December 2011

PANAS !!! TONY PUAKA DAN IZZAH WINE BAKAL MEROYAN LAGI !!!

Dugaan demi dugaan menimpa KR1M. Dengan pelbagai fitnah jahat politik pembangkang yang dilemparkan, KR1M tetap mara demi membantu rakyat dalam mengurangkan kos hidup.


Lagi rangkaian KR1M dijangka akan dibuka untuk keselesaan rakyat !!!




KUALA LUMPUR 13 Dis. – Sejumlah 25 rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang hujung tahun ini, yang menawarkan 250 jenis barangan keperluan harian.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, kewujudan KR1M dilihat mampu membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam meringankan beban mereka membeli keperluan harian.

"Kita perlu sedar bahawa terdapat banyak golongan ”miskin bandar” di Kuala Lumpur walaupun kerajaan membantu mereka berpindah ke kawasan yang lebih selesa, namun pendapatan mereka masih sama dan saya percaya dengan adanya KR1M, ia sedikit sebanyak mampu meringankan beban perbelanjaan mereka,” katanya ketika merasmikan KR1M ke-19 di Taman Pagar Ruyung, Jalan Kuchai Lama hari ini.

Sementara itu, Pengurus Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Norman Abdullah berkata, pihaknya komited membantu kerajaan memperluas rangkaian KR1M ke seluruh negara, dan menjelang 2012, sebanyak 60 KR1M akan dibuka termasuk di negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak. – Bernama





Pssstttt... meroyan lagi la Tony Puaka dan Izzah Wine Christmas... hahahaha....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??