Monday 12 December 2011

TQ DATUK @RazaliIbrahim SUDI MELAWAT SAHABAT KAMI DI HTAR ! BANTUAN MASIH DIHARAPKAN YANG SUDI MEMBANTU !!! @NajibRazak @NadiRakyat

Datuk @RazaliIbrahim Pemimpin Pertama Melawat 'Unsung Hero'

Malam tadi sebaik selepas mendarat sampai dari Bandung, YB Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk melawat 'unsung hero' penggiat media sosial facebook dan twitter @Lepealbakr yang dirawat di Hospital berkenaan selepas terlibat dalam kemalangan serius pada Khamis malam.


Kelihatan YB Datuk Razali bertanya khabar dari Saudara Lepealbakr. 1AGENDA, Nadi Rakyat dan I4TT amat berbangga dengan keprihatinan YB Datuk Razali kerana beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang pertama yang datang melawat @Lepealbakr.

Rakan kita @Lepealbakr sekarang sedang dirawat di Hospital ini akibat kecederaan serius di muka selepas motorsikal yang ditungganginya bersama Isteri telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang kemudiannya lari meninggalkan @Lepealbakr kesakitan.

Kepada YB Datuk Razali, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana inilah buktinya bahawa 'sukarelawan media sosial Pro-BN' yang selama ini berjuang tanpa dibayar, juga mendapat tempat dan pengiktirafan dari Pemimpin Tinggi UMNO.

Mungkin selepas ini akan lebih ramai Pemimpin Tertinggi yang datang melawat kerana @Lepealbakr Ahli UMNO Kota Raja, sentiasa membantu semua Pilihanraya Kecil sejak 2008.

Bagi rakan-rakan yang ingin membantu, anda bolehlah terus menyampaikan bantuan itu kepada @Lepealbakr ataupun klik disini untuk butiran lengkap.

Adalah menjadi harapan agar lebih ramai yang ikut membantu @Lepealbakr kerana beliau mempunyai tiga orang cahayamata manakala Isterinya juga ikut tercedera akibat dari kemalangan tersebut.

Motorsikal yang ditungganginya juga terbakar. 

Tq Media 1Agenda untuk berkongsi info.

Untuk maklumat lanjut boleh KLIK SINI atau terus ke laman web 1Agenda untuk menghulurkan sumbangan atau sebarang pertanyaan.

Terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu sahabat rapat Nadi Rakyat dan I4TT ini. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??