Monday 5 December 2011

WAJIB BACA !!! KHAS BUAT JUNIOR BLOGGER PRO-BN/UMNO !!!

Twitter - Blogger



Twitter merupakan laman sosial yang semakin popular sekarang ini. Walaupun masih ketinggalan di belakang Facebook yang berada di ranking ke-2, Twitter semakin meningkat naik dan kini berada di ranking ke-9 laman web paling popular di dunia.


Apakah kelebihan Twitter kepada Blogger?

Kelebihan Twitter

Twitter berfungsi untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dan penyebaran maklumat melalui twitter juga sangat mudah dan cepat dimana kita boleh ReTweet(RT) mana-mana informasi atau Tweet dari rakan-rakan kita. Sebagai contohnya yang jelas, pasti anda masih ingat Rio Ferdinand Ucap Tahniah kepada Malaysia Menang Piala Suzuki AFF 2010.

Dengan berpaksikan penggunaan sebagai satu sistem penyebaran berita yang pantas, peluang menjana pendapatan melalui twitter mula wujud. Sebagai contohnya ialah seperti ChurpChurp yang mana ramai sudah tahu. Jadi, twitter ini memang satu perkara yang penting dan melalui twitter ini banyak peluang dan info baru yang akan kita perolehi.


Twitter Satu Perkara Wajib Buat Blogger Untuk Berjaya

Ramai yang tidak tahu mengenai kelebihan twitter ini. Twitter merupakan satu kelebihan buat blogger yang mempunyai akaunnya dan satu kerugian besar buar mereka yang masih “menolak jauh” penggunaan twitter ini. Kenapa?

Melalui penggunaan twitter, anda mampu menyebarkan update terbaru blog anda dan perkara yang anda perlu ketahui ialah readers memerlukan info untuk ketahui sesebuah blog itu diupdate dan apakah perkara yang sedang anda bincangkan dalam blog anda. InsyaAllah, dalam masa beberapa saat sahaja anda tweet update terbaru, blog anda akan dipenuhi dengan readers online yang ramai. Tak percaya? Cubalah!

Selain itu, ramai yang menyatakan agak sukar untuk membuat update terbaru terutama apabila blog diupdate, anda harus log in ke akaun twitter dahulu dan barulah dapat membuat tweet mengenai update terbaru di blog anda. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, 1 penyelesaian mudah diperkenalkan buat anda!


Auto Tweet Setiap Entri Blog Anda dengan Mudah!

Auto Tweet ini ialah twitterfeed dan networkblog. Ini adalah aplikasi (applications). Cara twitterfeed dan networkblog beroperasi sangat mudah sekali dan pasti anda menyukainya. Selain itu, twitterfeed dan networkblog juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama bagi akaun facebook anda. Jadi, dalam satu masa anda bukan sahaja dapat update twitter anda, tetapi juga akan facebook anda! Mudah bukan?


Cara Mudah dan Cepat untuk Menambah Bilangan Followers Twitter

Sistem viral followers Twitter merupakan satu sistem viral yang insyaAllah mampu menambah bilangan followers blog anda dengan lebih cepat dan ramai. Sistem Viral Followers ini sememangnya mudah tetapi keberkesanannya masih lagi rendah peratusannya dimana mungkin dalam seorang followers untuk satu masa dan kemudian bertambah lagi dan lagi.



Ya, satu perkara yang tidak rugi untuk dicuba bukan?



By : AFA
Edited by : I4TT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??