Tuesday 17 January 2012

ANWAR TIDAK BOLEH DIPERCAYAI - THE ECONOMIST !!! TOLAK ANWAR - HASSAN ALI !!!

Reputasi Anwar Beralih daripada "Kononnya positif kepada negatif"

Reputasi Anwar Beralih daripada "Kononnya positif kepada negatif"

Penilaian antarabangsa mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti beralih daripada "kononnya positif kepada negatif" berdasarkan satu artikel majalah berprestij "The Economist" yang melihat ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Jarang sekali sebuah majalah yang mempunyai reputasi seperti The Economist sanggup mengatakan secara objektif pendapat seperti itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata kenyataan oleh majalah antarabangsa itu penting memandangkan pakar-pakar ekonomi telah lama mengikuti dan mengawasi pergerakan Anwar.

"Oleh kerana ahli ekonomi telah mengikuti gerak kerja dan gerak laku Datuk Seri Anwar Ibrahim sekian lama, dengan pandangan itu sekaligus nilai antarabangsa berhubung Anwar Ibrahim tentu akan beralih kepada 'kononnya positif sebelum ini kepada negatif'.

Ulasan mengenai Anwar itu terkandung dalam satu artikel The Economist pada Sabtu lepas berhubung keputusan mahkamah pada 9 Jan yang membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Menurut artikel itu, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, reputasinya sebagai ketua pembangkang telah tercemar.

Rais berkata Anwar tidak boleh mengetepikan atau membuang pandangan negatif seumpama itu dengan mudah sekali kerana ia akan mencerminkan penentuan masa depan politik beliau. - BERNAMA

Note KGC- Nampaknya negara luar sudah semakin sedar lakonan Gay Tua. Penghakiman yang jelas menyatakan bahawa pembebasan beliau bukan kerana kegiatan liwat tidak berlaku tetapi disebabkan kreabiliti DNA boleh dipertikaikan. Ini jelas menjatuhkan kreabiliti Gay Tua sebagai Ketua Pembangkang. Video dibawah boleh dijadikan satu rujukan untuk kita fikirkan arah tuju Ketua Pembangkang.


Sumber : KGC


Psssstttt... Anwar makin panas gara-gara campur tangan urusan dalam kain PASpispus..!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??