Tuesday 17 January 2012

GEMPAR !!! NIK AJIS MEROYAN DAN MAKIN NYANYUK GARA-GARA HASSAN ALI !!!

Hassan Ali Disepak Terajang Khalid Dan Nik Aziz ! Demi Islam ?

Hassan Ali Disepak Terajang Khalid Dan Nik Aziz ! Demi Islam ?
DEMI ISLAM HASAN ALI RELA DIPECAT !!!



Umunya telah mengetahui bahawa Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali bekas Exco Kerajaan negeri Selangor telah dipecat oleh PAS pada 8 Januari yang lalu.

Belum sempat Hasan Ali membuat rayuan untuk kembali semula ke pangkuan PAS. Khalid gagap dengan pelahapnya telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 13 Jan untuk mendapat perkenan Sultan Selangor supaya Hasan Ali dilucutkan jawatan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Ternyata drama puak haram jadah ni tidak berakhir di sini. Hari ini Nik Aziz dengan lantangnya telah mengatakan bahawa Hasan Ali tidak patut menyuarakan keadaan yang berlaku di dalam PAS kepada Media UMNO. Biar betul orang tua ni !!!

Bawa-bawa la berehat dan bertaubat Nik Ajis oii..! Letaklah jawatan tu. Dulu cakap Tun M suruh letak jawatan, bila Tun dah letak jawatan kau pula bila ? Alasan bahawa rakyat Kelantan memerlukan khidmat kau untuk kekal menjadi Menteri Besar adalah tidak boleh diguna pakai.

Kalau nak diikutkan, rata-rata rakyat Malaysia tidak mahu Tun M berundur. Itu barulah "gentlemen" bukan tau cakap tapi tak buat untuk diri sendiri.

Datuk Mustafar Ali pula mengeluarkan kenyataan di Stesen Rasmi PAS iaitu Harakahdaily dengan menyifatkan Hasan sebagai terperangkap dengan agenda UMNO untuk memecah belahkan Parti. Lawak sengal puak-puak haram jadah ! UMNO juga disalahkannya..

Mai sini aku nak bagi sikit ingatan la, memandangkan korang ni spesis nyanyuk dan bengap!!

Hassan Ali bukan Ahli Pas Lagi ! Ada faham ! Hassan telah diperlakukan dengan kejam apabila tempoh rayuannya telah dinafikan oleh Khalid dengan melucutkan jawatan atas alasan PAS telah memecat Hassan.

Khalid sememangnya cuba menafikan Keadilan untuk Hassan dalam tempoh rayuan apabila berjumpa Sultan Selangor untuk melucutkan Hassan dari barisan Exco Negeri.

PAS semakin sesat dan mula menggelupur apabila Hassan menyatakan kesediaan beliau untuk menerima jemputan PM bagi membincangkan penyatuan PAS dan UMNO. Kesediaan Hassan itu telah menunjukkan reaksi kurang senang Nik Ajis, PAS dan juga geng-geng pakatan haram jadah.

Sempat juga Nik Ajis buat lawak bebal dengan menyatakan bahawa setiap kenyataan perlu mendapat persetujuan daripada Pemimpin Parti Diperingkat Negeri dahulu.

Apa ni ??? Untuk menyatukan Umat Islam perlu mendapat pengiktirafan Pas dulu ke ??? Come on la Nik Ajis... Tak belajar agama ke Tok Gundu ni, Rasulullah SAW pun mengutamakan perpaduan dan ukuwah mengatasi perkara-perkara yang lainnya !!!

Jom kita ikuti pendedahan Hassan Ali yang menyebabkan Nik Ajis meroyan dengan menyuruh Hasan Ali “Jaga Mulut”..



Hasan Ali dengan tegasnya menyatakan bahawa dia akan Memperjuangkan Islam, Bangsa Melayu, dan Institusi Beraja. Untuk rekod, Hasan Ali telah berada di dalam PAS sejak era almarhum Fathil Noor. Selama 15 tahun Hasan telah berada di dalam PAS.

Pengorbanan Hasan dalam memperjuangkan Islam amat besar. Hasan Ali sangup mengorbankan masanya jam 1-5 pagi untuk memantau penuntut-penuntut Islam minum arak, pukul 4 pagi pergi ke hotel-hotel bajet memantau untuk membanteras kes salah laku zina dalam kalangan anak-anak orang Islam.

Malah Hasan Ali juga sanggup bekorban untuk memantau gejala murtad anak-anak orang Islam. Menurut Hasan, "itulah tunggak PAS" untuk memperjuangkan Islam, tetapi orang-orang PAS sendiri tidak menghargai.

Sejak PAS bersetubuh dibawah PR, ternyata suara Pak Sheikh Al-Juburi lebih didengari berbanding dengan Hasan Ali. Kalau dibandingkan perjuangan Hasan Ali dengan Mat Sabu (121), perjuangan Hasan Ali ialah menangkap orang berkhalwat dan berzina di dalam hotel manakala Mat Sabu pula ditangkap berkhalwat di dalam hotel.

Adalah sesuatu yang cukup sial apabila suara hasutan syaitan dari luar PAS untuk menendang Hassan telah berjaya mempengaruhi puak totok PAS ini.

Siapa Azmin ??? Besar ke pangkat Azmin ??? Apa hak Azmin untuk mencampuri urusan dalam selimut PAS ??? Selimut bini sendiri pun tak terjaga !

Tetapi sayang.. PAS telah dilacuri dengan mudah ! Pendirian untuk memperjuangkan agama Islam pada awal perjuang ibarat telah luput ditelan zaman.

PAS telah kerugian seorang permata yang amat berharga kerana membuang orang yang mengawal penularan arak, pembasmian zina dan membongkar kes murtad di Selangor.

Menyebut kembali artikel yang disiarkan di meloyakini dan haramkahjadah, Nik Ajis memberikan ingatan kepada Hasan supaya menjaga mulut. Ternyata Nik Ajis telah nyanyuk kerana tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.

Nik Ajis harus letak jawatan kerana beliau ternyata telah nyanyuk. Buktinya Nik Ajis telah lupa fakta bahawa Hasan telah dilucutkan jawatan daripada PAS dan Exco Kerajaan Negeri !!!

Orang tua kutuk tak sedar diri ini sudah tidak ada hak pada masa ini untuk menahan mulut Hasan daripada berbicara. Hassan bukan hak milik kekal PAS !

Bila kena atas batang hidung sendiri tau pula Tok Gundu ni nak meroyan. Inilah realiti PAS, bila sesuatu yang mungkar berlaku dalam parti maka semua ahli diminta membisu walaupun perkara tersebut salah dan berdosa. Puak PAS diajar untuk tidak menyatakan kebenaran. Kerana itu FITNAH berleluasa dalam PAS !

Hasan Ali harus sedar diri bahawa dirinya telah dilepaskan oleh PAS dan sekarang dia bebas menegakkan Islam, Melayu dan Institusi Beraja !!! Nik Ajis pula perlu letak jawatan !!!

Sedikit pantun untuk penyokong totok PAS:


Pokok keruing pokok angsana,
Letaknya di belakang rumah nyonya,
Baru sekarang semua kenyataan perlu dijaga,
Tapi bila menghentam orang umpama dunia dia yang punya!!!

PAS BUKAN AGAMA TETAPI ISLAM ITU AGAMA,

PAS BUKAN UNTUK SEMUA TETAPI ISLAM UNTUK SEMUA…

Sumber : KGC


2 comments:

  1. komen yg amat menarik dan menghiburkan, syabas! :)

    ReplyDelete
  2. kalau dato hasan ali menganggap Pas parti Islam yg sebenar..maka beliau perlu akur dengan keputusan jemaah..sebagai seorang yang beriman..apabila sebuah jemaah Islam membuat keputusan..beliau perlu diam dan muhasabah diri..kerana keputusan itu adalah keputusan sebuah jemaah Islam..kalau pun ada kesilapan dalam jemaah membuat keputusan..sebagai orang beriman..beliau perlu bertaubat dan membaiki diri kerana sebagai manusia tentu ada kesalahan yang telah dibuat tanpa kita sedari dan Tuhan menjadikan isu ini sebagai kifarahnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??