Tun M berterima kasih kepada Azmin Ali
Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.
"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.
Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan 'kepala otak kau' sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.
Ia kenyataan biadap kedua seumpamanya dikeluarkan Ahli Parlimen Gombak itu terhadap negarawan tersebut kerana sebelum ini, semasa Dr. Mahathir mendapat rawatan di Australia, Azmin menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'pemimpin tersungkur'.
Malah, Timbalan Presiden PKR itu dengan angkuh berkata, gelaran 'pemimpin tersungkur' istilah paling lunak untuk Dr. Mahathir hanya kerana bekas Perdana Menteri itu memberi sokongan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan hak bumiputera. - Utusan
Psssstttt... rasakan kau... hahaha...
No comments:
Post a Comment