Friday 13 January 2012

PANAS !!! ANWAR LIABILITI PAKATAN HARAM JADAH !!!

Pembebasan Anwar Susahkan Kempen Pakatan

Pembebasan Anwar Susahkan Kempen Pakatan

Pembebasan Anwar oleh pihak mahkamah adalah satu kemenangan moral buat pihak kerajaan BN. Selama ini Anwar dan pihak pembangkang terlalu banyak membuat fitnah hingga mengkaitkan dakwaan liwat adalah satu konspirasi pihak Umno dan BN.

Anwar juga sejak dari dulu membuat fitnah segala keputusan mahkamah adalah dibawah kawalan Umno. Terlepasnya beliau membuktikan bahawa pihak mahkamah membuat keputusan bebas dibawah pengaruh mana mana pihak.

Apa yang rakyat dapat lihat, BN berjaya memenangi hati rakyat apabila keputusan yang mengejutkan ini. Menjadi satu kerugian besar buat Anwar apabila rancangan beliau untuk menggunakan kempen kezaliman tidak menjadi.
KUALA LUMPUR 12 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib memohon maaf kepada semua pihak yang pernah beliau tuduh terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya berikutan pembebasannya daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, Isnin lalu.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, sekiranya Anwar seorang yang budiman dan bermaruah, beliau seharusnya mengakui kesalahannya itu dan segera memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sistem kehakiman dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kita sudah jemu mendengar tuduhan-tuduhan liarnya menerusi ceramah, kenyataan di kandang perbicaraan dan di media yang mempertikaikan sistem kehakiman negara dengan menggelarkan ia 'mahkamah kanggaru'.
"Sekarang ini terbukti mahkamah kanggaru yang dihinanya sebelum ini adalah mahkamah yang telah membebaskan dia daripada pertuduhan liwat itu.
"Sekiranya beliau berprinsip, kenapa menerima keputusan mahkamah itu? Tiada pula tuduhan mahkamah kanggaru sekarang, sudah tukarkah?" soalnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Anwar sebelum ini yang tidak putus-putus menyalahkan kerajaan, PDRM dan mahkamah kononnya wujud konspirasi menjatuhkan karier politik beliau dengan menyumbatkannya ke dalam penjara.
Justeru, Anwar perlu menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dengan memohon maaf kerana tindakan tersebut tidak langsung menunjukkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lemah malah menunjukkan kekuatan etikanya.
"Saya pernah meminta maaf di Parlimen beberapa kali atas kesalahan saya sebelum ini. Kenapa Anwar tidak setulus ini? Apa yang menghalangnya berbuat demikian? Rakyat mahukan pemimpin yang budiman," ujarnya.- Utusan

Sumber : KGC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??