Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.
Karpal berkata Mohd Saiful mendakwa diliwat secara paksa namun, hujahnya, keterangan saksi utama, di mahkamah membuktikan sebaliknya.
“Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri”, katanya.
Karpal menyifatkan Mohd Saiful seperti sebutir bom yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat.
Menurutnya, Mohd Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.
Justeru itu, Karpal menggesa mahkamah mengkaji semula kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi.
“Kredibiliti SP1 (Mohd Saiful) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes,” katanya.
Karpal menekankan, Mohd Saiful ada mengatakan bahawa perbuatan diliwat pada 26 Jun 2006 berlaku dengan laju dan rakus.
Menurut Karpal, keterangan Mohd Saiful itu telah berjaya dicabar oleh saksi pakar pihak pembela, Dr Thomas Hoogland, yang mengatakan bahawa seorang yang dalam usia Anwar tidak mungkin boleh melakukan perbuatan yang digambarkan oleh saksi utama itu.
“Apa yang berlaku di lantai bilik tidur berhubung kejadian liwat yang didakwa oleh SP1 tidak ditimbangkan dengan teliti oleh mahkamah ini”, kata Karpal.
Tambahnya, Dr Hoogland juga ada mengatakan bahawa Anwar tidak mungkin boleh melakukan aktiviti sedemikian tanpa melalui kesakitan yang teruk ekoran masalah artritis dan kerosakan saraf dialaminya.
Oleh itu katanya, keterangan Saiful di peringkat itu menimbulkan keraguan dan tidak boleh dipercayai, sekali gus menjejaskan tuduhan yang dibawa ke atas Anwar.
Karpal yang menggulung hujahnya selama 44 minit itu, turut mendesak mahkamah menangguhkan keputusan untuk menentukan Anwar bersalah atau tidak untuk membolehkan mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan Saiful Bukhari bagi menentukan status hubungan mereka.
“Mahkamah ini perlu ditangguh untuk membolehkan Mohd Saiful dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini,” katanya.
Menurutnya, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.
Semasa dalam proses pembelaan, Anwar dan barisan peguamnya tidak membangkitkan isu hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful, malah daripada 8 orang pembela, hanya Anwar dan Mohd Najwan Halimi sahaja yang menyentuh berkenaan kredibiliti saksi utama.
Seperti yang dirumuskan dalam hujah penggulungan Karpal, Anwar semasa proses bela diri mengesahkan beliau berada bersama Mohd Saiful di Unit 1151 seperti tarikh, tempat dan masa didakwa, tetapi menegaskan hubungan seks itu berlaku atas dasar suka sama suka.
Malah, kehadiran Najwan Halimi hanya untuk mengesahkan Mohd Saiful adalah sebenarnya pekerja Anwar yang sering dinafikan oleh Ketua Umum PKR sebelum ini.
Karpal turut mengesa mahkamah agar menerima keterangan yang diberikan anak guamnya, Anwar Ibrahim, walaupun keterangan itu dibuat daripada kandang tertuduh.
Lazimnya dalam prosedur mahkamah, keterangan saksi dari kandang tertuduh tidak diambil kira oleh hakim kerana keterangannya tidak diuji kesahihannya oleh pihak pendakwa dan tidak dimulai dengan acara bersumpah.
Sumber : AIDC
Ketahuilah (semoga Allah Subhaanahu wa ta’ala menunjukimu) bahwasanya Rasulullah ` bersabda,
“لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَعَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ”.
“Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.” - Hadis ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim,
Ia berkata, “Sanadnya shahih dari Abu Hurairah secara marfu’ dengan lafal: “….. dilaknatlah siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth….” Beliau mengulangnya sebanyak tiga kali, sampai pada akhir hadis.
Dalam erti kata lain, ANWAR MELIWAT, case close!
ReplyDelete