Friday, 2 December 2011

PAU2011 : Persidangan Agung UMNO datang lagi...

Presiden UMNO sempat menitipkan beberapa pesanan dan nasihat yang menarik untuk penulis ulaskan semasa taklimat program.

Setiap ahli UMNO perlu menanamkan rasa kasih, sayang dan cintakan parti kedalam diri sendiri sebelum penyampaikan perasaan itu kepada rakyat. Dari perasaan itu maka barulah matlamat mendaulatkan agama, bangsa dan negara dapat tercapai dengan ikhlasnya. Pengorbanan dari setiap pemimpin dan ahli UMNO amat penting jika mahukan kemenangan besar menjelang PRU 13 ini. Amat manis jika sejarah PRU 10 & 11 dapat kita ulangi. Oleh itu, penulis rasa perlu juga buat pemimpin dan ahli UMNO untuk berkorban apa sahaja demi memastikan kemenangan BN bagi kemakmuran negara kita ini. Sifat berkira ini boleh menjatuhkan parti tanpa kita sedar sebenarnya.


Presiden juga turut menasihatkan kepada semua pemimpin UMNO diperingkat cawangan, bahagian, winnable candidate, wannabe candidate dan juga kepada semua ahli UMNO agar lebih berfikiran matang. Beliau menasihati semua agar bersatu dan berpadu memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang terpilih untuk menjadi calon (winnable candidate). Kepada wannabe candidate dinasihatkan agar tidak berkecil hati dan memboikot calon yang terpilih (winnable candidate) sekiranya tidak terpilih. Zahirkan keikhlasan pada tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dengan keikhlasan. Jangan bersikap kebudak-budakan apabila tidak terpilih menjadi calon. Kemenangan BN adalah kemenangan buat semua rakyat Malaysia.

Semua ahli UMNO perlu komited bagi membantu Presiden UMNO ke arah transformasi politik yang sedang berlaku. Ahli-ahli di semua peringkat perlu berubah sesuai dengan peredaran masa. Proses peremajaan politik sedang berlaku kini dan UMNO tidak relevan lagi jika masih di takuk lama. UMNO perlu berubah dan menunjukkan perubahan kepada rakyat agar kekal relevan. Ingin penulis sarankan kepada semua bakal calon untuk turun kepadang bermula sekarang. Jangan hanya menunjukkan diri semasa kempen pilihanraya. Pada pemerhatian penulis, UMNO memerlukan calon yang komited dan rajin turun kepadang bagi merasai denyut nadi rakyat. Rakyat akan lebih selesa dan yakin bila mereka mengetahui bakal/calon wakil rakyat mereka boleh diharapkan. Ini bakal menjadi faktor kemenangan besar BN jika semua wakil rakyat (sekarang/bakal) berjiwa rakyat.

Kita bukan sahaja berada di medan nyata tetapi juga di medan maya. Kini dunia politik bukan sekadar dipentas ceramah dan program tetapi kini politik juga berada di alam maya. Kemajuan yang dinikmati dan kecanggihan teknologi seiring dengan perubahan politik. Gaya berpolitik kini telah berubah. Penulis amat menyokong transformasi politik yang dibuat oleh Presiden UMNO kerana ini menunjukkan UMNO turut seiring dengan zaman. Zaman telah berubah, teknologi telah berubah maka politik juga turut berubah. Semua ahli dan pemimpin UMNO perlu tahu mengadaptasi trasformasi politik ini agar kita terus relevan bagi menzahirkan kemenangan BN di PRU-13 nanti.

Presiden juga turut menyarankan dan menegaskan bahawa golongan muda patut diberikan peluang dan menasihatkan kepada muka-muka lama untuk berundur. Kepada yang lama sudah selayaknya menjadi mentor kepada muka-muka baru dengan memberikan tunjuk ajar kepada mereka terhadap kepimpinan. Golongan muda mempunyai perspektif berbeza yang dapat membantu parti dalam proses transformasi dan peremajaan politik yang sedang berlaku ini. Sudah sampai masanya untuk negara mempunyai pemimpin pelapis yang bakal menerajui negara kita satu hari nanti.

Presiden turut akui bahawa beliau sedar terdapat masalah dalaman di beberapa cawangan dan bahagian. Beliau menasihatkan agar setiap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera. Ketua-ketua bahagian dan cawangan perlu memainkan peranan. Setiap sesuatu masalah itu pasti ada penyelesaian maka perlu diperbetulkan dengan segera. Matlamat parti perlu didahulukan daripada matlamat peribadi. UMNO perlu terus mara untuk rakyat Malaysia. Jangan ada sikap mementingkan diri. Biarlah asas perjuangan itu untuk parti bukan bersifat kepentingan diri.

Umpama azan solat jumaat. Azan pertama telah pun berkumandang dan kini kita menunggu azan kedua. Jaral antara dua azan ini terlalu dekat menandakan pilihanraya umum (PRU-13) semakin hampiri. Presiden menyeru agar semua jentera perlu bersiap sedia sepenuhnya dari semua segi. Jangan terus terleka dengan kuasa yang ada hari ini. Jika kita mengambil secara lewa situasi hari ini, jangan terkejut di PRU-13 keputusan yang keluar juga sambil lewa. Semua jentera perlu bersiap sedia dari sekarang agar UMNO dapat melangkah yakin berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan memastikan PRU-13 nanti masih kekal milik kita.

Setiap undi itu amat berharga dan semua turut dinasihatkan agar menghargai setiap undi untuk memastikan kita bukanlah naib juara tetapi adalah juara kepada agama, bangsa dan negara. Tiada istilah juara didalam UMNO. Kita mahu menang PRU-13 bukan kerana untuk menjadi juara UMNO tetapi juara kepada rakyat Malaysia. Bagi membela rakyat.

Didalam taklimat Presiden, beliau mengulangi sebanyak 2 kali bahawa PRU ini adalah yang paling pahit dan getir. Beliau amat serious dan komited bagi kemenangan BN di PRU-13 dan diharapkan semua jentera juga turut seiring dalam mencapai matlamat bersama demi agama, bangsa dan negara.

Hayatilah lirik lagu UMNO supaya apa yang disampaikan dapat difahami dengan jelas...

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya

UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Sumber : KGC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??