Thursday 19 January 2012

NEGARA ISLAM CONVERT NEGARA KEBAJIKAN !!! SEKARANG TAK KISAH ISLAM ??? PAS IS DEAD !!!

PAS Dah Tak Kisah Buang Islam


PAS tak ada masaalah tak pegang portfolio agama kata Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman. Inilah bukti sekarang ini PAS sudah tidak mementingkan agama Islam yang menjadi keutamaan asalkan mereka mendapat tahta, pangkat dan sedikit gelaran.

Kejayaan DAP menjalankan dakwah kepada PAS menampakkan hasil,apabila mana mana pemimpin Islam yang tidak sehaluan dengan mereka akan disingkirkan. Khalid Ibrahim melantik dirinya sendiri untuk memegang portfolio agama selaras dengan kepentingan DAP. Memandangkan sebelum ini Khalid awal-awal lagi memohon maaf kepada DUMC mengenai kes memurtadkan umat Islam.

Tindakan Khalid amat dipuji oleh DAP sedangkan ketika itu siasatan masih berjalan. Amat memalukan apabila siasatan terhadap umat Islam yang murtad memang terjadi dan pembabitan DUMC dibuktikan dengan rakaman dan juga pengakuan saksi.

Percaturan ini juga mencerminkan betapa rapuhnya pendirian PAS,mereka tunduk dengan tekanan DAP, mereka juga tunduk kepada tekanan Anwar semua lacuran ini dikatakan sebuah harga pengorbanan.

Pengorbanan mereka ibarat membuat perjanjian dengan syaitan apa saja mereka sanggup buat asalkan matlamat tercapai.Umat Islam dan bangsa melayu harus lihat bagaimana PAS hancur diatas nafsu politik diluar batasan. Proses kehancuran ini ibarat seperti kanser yang menyerang dari dalam.Penyakit ini membarah dan ramai menjauhkan diri kerana tidak mahu berjangkit akibat kegelojohan PAS sendiri.

Pas negeri menyifatkan perubahan portfolio hal ehwal agama Islam yang kini dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bermakna parti itu dipinggirkan dalam pengurusan agama Islam di negeri ini.

Pesuruhjayanya, Dr. Abdul Rani Osman berkata, pihaknya tiada sebarang masalah dengan perubahan portfolio itu yang sebelum ini dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali sebelum gugurkan daripada jawatan berkenaan 13 Januari lalu.

Menurutnya, meskipun ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Exco menggantikan Hasan diberikan portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri, ia tidak menghalang Pas daripada terus memainkan peranan dalam pembangunan agama Islam di Selangor.

"Tidak ada masalah, malah semalam Menteri Besar telah menyebut kepada saya supaya Pas dapat menegur dalam apa-apa hal berkaitan dengan agama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas istiadat mengangkat sumpah pelantikan Dr. Ahmad Yunus sebagai Exco kerajaan negeri di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini.

Ahmad Yunus mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menggantikan Hasan yang telah dipecat daripada Pas dan Exco kerajaan negeri sebelum ini.-Utusan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??