Tuesday, 13 March 2012

DOKUMENTASI LANUN PASIR SELANGOR DIDEDAH !!! MAMPOS KHALID NAK SOROK "EGG" !!!



Apabila PKR dan DAP memerintah Selangor mereka telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi menguruskan hasil mineral negeri Selangor termasuk pasir.

Tujuan penubuhan KSSB hanyalah untuk mengabui mata rakyat bagi menunjukkan mereka telus dan pandai menguruskan hasil negeri. Di sebalik itu penuh tipu muslihat yang berlaku.

KSSB menjadi tempat kroni-kroni PKR dan DAP merompak hasil pasir Selangor. Kroni Pas pula merompak di Yayasan Selangor. KSSB hanyalah sebagai alat untuk menghalalkan kegiatan haram.



Harga pasir yang dijual oleh KSSB berbeza-beza bergantung kepada jumlah yang dibeli dan juga lokasi lombong. Harga paling tinggi RM 21.80 dan paling rendah RM 15.00.

Itu harga untuk jualan kepada syarikat-syarikat bukan kroni mereka. Untuk syarikat kroni harga jualannya jauh berbeza. Kami akan tunjukan kepada anda bagaimana modus operandi PKR dan DAP merompak hasil Selangor melalui syarikat kroni.



Sebuah syarikat kroni mereka bernama Jendela Teguh telah diberi tawaran untuk membeli pasir dari KSSB dengan harga RM 8.00 setiap metrik tan. Harga yang ditawarkan jauh berbeza dari harga pasaran KSSB.

Maklumat dalaman KSSB yang sampai kepada kami mengatakan diatas kertas harga yang dijual kepada Jendela Teguh adalah RM 8.00, tetapi yang sebenarnya harga jualan RM 12.00 untuk setiap metrik tan. RM 8.00 dibayar kepada KSSB secara sah, RM 2.00 dibayar kepada PKR atas nama tabung pilihanraya, dan RM 2.00 lagi kepada DAP juga atas nama tabung pilihanraya melalui jalan belakang.

Harga RM 12.00 yang dibeli oleh Jendela Teguh masih lagi rendah berbanding dengan harga jualan semasa KSSB. Jendela teguh akan menjual pasir tersebut kepada pembeli-pembeli lain dengan harga RM 15.00 – RM 18.00 per tan metrik.


Harga jualan pasir yang dipamerkan dalam laman web KSSB.

Surat tawaran dari KSSB kepada Jendela Teguh untuk membeli pasir pada harga RM 8.00/tan

Surat ditandatangan oleh pengarah eksekutif KSSB

Persetujuan menerima tawaran


Sumber : Selangor Daily



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??