Saturday 24 March 2012

AZMIN NAK LEMPANG HASSAN ALI TAPI TERTERAJANG KHALID GAGAP DAN ANWAR ISRAEL!!! PARAH WEH !!!


Azmin Ali mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS berbelanja besar ketika berada didalam kerajaan negeri membuktikan para pemimpin pakatan begitu boros menghabiskan wang kerajaan negeri Selangor.

Jika Hasan Ali berbelanja begitu besar, apatah lagi dengan exco exco kerajaan negeri yang lain. 
Sudah pasti jutaan ringgit dihabiskan untuk kepentingan mereka sendiri. Azmin bukan saja menyerang Hasan Ali sebaliknya beliau turut menyerang Khalid Ibrahim.

Khalid turut dikaitkan berbelanja besar, perancangan Azmin untuk menjatuhkan Khalid berjalan lancar apabila beliau sendiri melancarkan kempen memburukkan pentadbiran Khalid.

Azmin juga terlibat menyerang Hasan Ali hingga dipecat apabila menggunakan proksi Anwar didalam PAS. 




Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Ali pada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.


Sumber : KGC


Psssttttt.... sape yang bagi kelulusan tu... sejak bila Hassan Ali tu mantan MB ???



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??