Friday 16 March 2012

NEXT !!! KONVENSYEN MEDIA SOSIAL PERINGKAT NEGERI SABAH 2012 !!! SIDANG MEDIA !!!


Alhamdulillah kali ini kita bertemu d Sabah..Negeri d Bawah Bayu..ianya akan berlangsung d Kota Kinabalu..d Universiti Malaysia Sabah, sabtu ini..

Menurut Pengarah Sektariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Sdr Rafi Awang Kecik, ianya adalah kesinambunagan dari Konvensyen yang sama yang d rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia d PWTC dalam bulan November tahun lepas..

Menurut beliau kali ini d jangka seramai 1600 orang pengamal media sosial Sabah akan bersama menjayakan konvensyen ini..peserta terdiri daripada pelajar kolej & universiti, jabatan kerajaan, Ngo, swasta dan orang awam yang selama ini sentiasa menggunakan pelbagai medium medan sosial maya untuk berinteraksi seperti pengguna facebook, twitter, friendster, blog dan lain-lain.

 

Semalam berlangsung sidang media khusus untuk pelancaran program konvensyen dan Sdr Rafi Awang Kecik berbesar hati mengajak seluruh pengamal media sosial Sabah agar dapat bersama pada tarikh dan tempat seperti yang tertera d atas.

"Konvensyen ini terbuka untuk semua..." ujar beliau..malah ujarnya lagi ada forum khas untuk pengamal media berinteraksi dengan panelis..dua hala komunikasi khas membincangkan "BORNEONISASI ; merungkai sejarah dan masa depan Sabah.." dan juga forum bertajuk ; "Peranan dan Tanggungjawab Media Sosial.."

Ada cenderamata istimewa untuk peserta yang hadir, malah ada cabutan bertuah berupa barangan yang menjadi gajet untuk pengamal media...datanglah..mungkin anda antara yang paling bertuah antara yang bertuah...

AAKJ; mungkin selama ini kita hanya bertemu d alam maya..ini masa kita jalinkan ukhwah antara kita..bertemu dan berkenalan antara satu sama lain..


Sumber : AAKJ.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??