Tuesday, 6 March 2012

TOWN HALL MEETING CLOCK TOWER STREET FIESTA MEDAN LUAHAN RAKYAT KEPADA PEMIMPIN TEMPATAN !!!


Town Hall Meeting antara pengisian program Clock Tower Street Fiesta Teluk Intan, Perak yang bermula agak lewat dari jadual. Program yang dimulakn jam 3 ptg berjalan dengan baik selama lebih kurang 2 jam setengah.

Tarikan utama rakyat menghadiri Fiesta ini adalah Town Hall Meeting dimana rakyat boleh bertanya terus kepada pemimpin kawasan.

Town Hall Meeting dipengerusikan oleh Ketua Pemuda BN Perak Saudara Khairul Azwan Harun. 

Antara ahli panel adalah Datuk Zainol Fadzi, Datuk Dr Mah Hang Soon, Datuk Idris Hashim, wakil agensi seperti OCPD Balai Polis Teluk Intan, YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan, Ketua Pengarah Hospital Teluk Intan dan lain-lain. 



Wakil dari Belia 4B Teluk Intan dan aktivis aktif belia, Saudara Hafizzudin Khan yang merupakan penuntut UIA dalam jurusan perundangan telah bertanyakan soalan kepada ahli panel tentang hala tuju dan masa depan belia di Teluk Intan dan peluang-peluang pekerjaan dan menaikkan taraf hidup tanpa perlu belia berhijrah keluar dari Teluk Intan. Soalan disambut oleh Datuk Zainol Fadzi dan juga Dato' Idris Hashim. Pemimpin telah memberikan cadangan-cadangan kepada belia antaranya bekerjasama dengan Amanjaya.






Wakil dari NGO Pertubuhan Pemuafakatan Komuniti Bersatu bertanya soalan berkaitan longkang yang tidak diurus dengan baik dan jawapan diberikan dan Datuk Dr Mah berjanji untuk selesaikan hal berkenaan.







Geng Belia 4B Teluk Intan !!!


Seorang penduduk Encik Hanafiah bertanya soalan berkaitan kegiatan judi berkomputer haram dan masalah sampah. Jawapan diberikan oleh YDP MPTI dan juga Datuk Mah. Namun agak kecoh sedikit kerana mula-mula pengutara soalan sedikit tidak berpuas hati.









Wakil Belia 4B Teluk Intan yang juga Pengerusi sebuah badan NGO, telah bertanya soalan yang dikhususkan kepada Tuan OCPD iaitu kedudukan lesen-lesen slot perjudian dan kegiatan perjudian haram berkomputer yang berlindung disebalik lesen Ciber Cafe yang berleluasa di sekitar Teluk Intan dan Langkap dan juga tentang masalah jenayah ragut yang semakin hari semakin membimbangkan penduduk. OCPD telah berjanji bahawa semua jenis lesen Cyber Cafe akan dihentikan untuk diberikan kelulusan kepada MPTI untuk dikeluarkan kepada mana-mana pemohon dan kegiatan dan pernigaan Cyber Cafe akan dipantau. OCPD turut akui akan kes jenayah ragut dan memberikan kenyataan bahawa PDRM Teluk Intan telah berjaya menahan 2 orang suspek.







Dato' Zainol Fadzi memberikan ucapan penutup sebagai wakil kepada Menteri Besar Perak yang tidak dapat hadir. Biarpun penduduk agak kecewa dengan ketidak hadiran Menteri Besar didalam Town Hall Meeting, tetapi mesyuarat berjalan dengan baik dan lancar.









Barisan panel.

Kelihatannya rakyat berpuas hati dengan jawapan ahli panel. Walaupun, tidak dinafikan... Bila rumah dah siap pahat tetap berbunyi... Penduduk telah diberi ruang dan peluang untuk meluahkan permasalahan kepada pemimpin secara terus.

Keseluruhan Fiesta ini boleh dilihat penglibatan golongan muda hampir 80%. Brand BN Youth nampaknya berada di hati anak-anak muda Teluk Intan. 

Acara malam I4TT Team tak sempat nak ambil gambar sebab kami dah pulang ke kawasan pentadbiran... ekekekeke...




1 comment:

  1. Ni memangnya tak bagus.Sebabnya KP dah cakap Pemuda sekarang tak patut jadi pendesak tapi patut jadi pembontot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??