Saturday, 24 March 2012

OH KAMILIA... ADAKAH KERANA MALU ATAU TERMALU ?!!


Agak menjengkelkan bila mana ada sikap jatuh-menjatuhkan ketua berlaku didalam sayap utama UMNO, Wanita UMNO. Mereka ni buat aku rasa mual dan menyampah !

Apa motif sebenar Datuk Kamilia Ibrahim ? Apakah agenda tersembunyi yang cuba dimainkan beliau ? Sumpah, aku tak faham perangai mereka ni yang lebih sudu dari kuah. Dah sebiji perangai puak pakatan haram jadah !

Kenyataan Kamilia Ibrahim yang mendesak Sharizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO tidak lebih dari menunjukkan kerakusan kuasa dan sifat gelojoh untuk menyandang jawatan Ketua Wanita memandangkan beliau adalah Naib Wanita.

Mungkinkah Kamilia juga proksi Anwarinas ?

Agak tidak masuk akal bagi seorang yang mengeluarkan kanyataan kononnya ianya adalah desakan dari peringkat akar umbi sedangkan selama lebih 4 bulan ini, Kamilia sendiri tiada di tanah air dan berada di luar negara. Apakah Kamilia punya mukjizat atau kuasa telepati ?

Teringin aku nak bertanyakan kepada Kamilia, bila masa dan celah mana dia jumpa peringkat akar umbi ? Apakah Kamilia ingin menunjukkan bahawa beliau lebih cerdik dari Sharizat ?

Jika Kamilia merasakan dia lebih cerdik dari Sharizat, tolonglah senaraikan apakah sumbangan beliau kepada parti dan juga negara. Adakah melebihi Sharizat yang banyak jasa dan sumbangannya sehinga digeruni puak pakatan haram jadah !

Sorry to say lah, aku tak rasa Kamilia mampu meneraju sayap Wanita UMNO sekiranya dia MERAMPAS jawatan Ketua Wanita UMNO dari tangan Sharizat. Aku yakin, PM Dato' Sri Haji Mohd Najib juga berpendapat yang sama.

Pada hemat aku, Kamilia ini tidak ubah seperti pengkhianat, duri dalam daging dan api dalam sekam !

Memandangkan Kamilia menyatakan bahawa desakan beliau terhadap Sharizat meletakkan jawatan adalah idea dan petunjuk dari akar umbi, mungkin dia telah hilang rasionalnya. Hari ini, berlangsung di PWTC telah membuktikan betapa hebatnya SOKONGAN pimpinan Wanita UMNO di semua peringkat terhadap Sharizat.



Apakah ini yang dimaksudkan oleh Kamilia bahawa Wanita UMNO peringkat akar umbi mahukan Sharizat meletakkan jawatan ?

Pendapat tulus ikhlas aku, Kamilia perlu cermin diri. Sokongan tak berbelah bahagi Wanita di peringkat akar umbi telah dibuktikan hari ini. Rafidah dan Sharizat patut rasa malu kerana sokongan sebegini tidak mampu mereka miliki bahkan Anwar juga tidak mampu mendapat sokongan sebegini !

Sharizat telah menjalankan tugasnya dengan baik sebagai Ketua Wanita UMNO dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sharizat tidak "deal" dengan AP atau tiada masalah seleweng mahupun masalah disiplin dan moral. Malah, setahu aku Muslimah PAS pun turut menyokong Sharizat.

Pada aku, Sharizat seorang wanita miracle yang dihormati semua pihak. Jadi, tidak hairan jika ada kawan dan lawan yang dengki dan cemburu terhadap karisma dan kecekapan Sharizat.

Tahniah aku ucapkan kepada pimpinan akar umbi Wanita UMNO yang masih rasional dan waras. Sentiasa bersatu dan bergandingan bersama pemimpin mereka disaat senang mahupun susah. Kepada pengkhianat berjawatan yang berada didalam Wanita UMNO, aku nak nasihatkan supaya mencontohi pimpinan akar umbi !

Kes NFC didalam prosiding mahkamah dan ini bukan urusan Wanita UMNO. Tak payahlah ada pihak yang nak menangguk di air keruh !

Rapatkan saf ! Perkukuhkah jentera !


Sumber : KGC


Psssttt... adakah kerana melihat sokongan luar biasa ini menyebabkan Kamilia menukar arah semula dan menyokong Sharizat ?? Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Aku harap Kamilia mengambil ikhtibar dan pengajaran dari peristiwa ini dan lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan... Jangan selepas dikecam dan malu sebegini baru nak kona spin. Anyway, all the best kepada semua jentera wanita UMNO !!!!




2 comments:

  1. alasan klise.. akar umbi.. akar umbi mana tu? kampung dia ke? cuba kita tanya org kg dia..

    ReplyDelete
  2. aku bangga aku antara salah seorang daripada hampir 10 000 orang yang hadir di dewan PWTC haritu walaupun terpaksa besila di hadapan pentas.. atas dasar perjuangan.. harapan aku agar warga UMNO semuanya akan bersatu dan keluar beramai2 seperti ini dikala PRU nanti.. bangga juga kerana ada pelancong asing yang menyatakan kekaguman mereka terhadap wanita melayu yang bangun mempertahankan negara..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??