Thursday 15 March 2012

PAS HALAU MANGSA BANJIR !!! BAHALOL BETUL LEBAI KERA NI !!!

PAS Prihatin Bantu Mangsa Banjir,Noh Buat Hal Sendiri!! 

PAS yang diketahui ramai cukup prihatin dengan nasib rakyat, setiap kali berlaku bencana alam mangsa akan dibantu dengan secukupnya.

Buktinya bilik gerakan mangsa banjir PAS Dun Lembah Jaya bertempat di Surau Al Insaniah Lembah Jaya Utara hari ini berjaya ditutup oleh PAS selepas asar. Ketika itu masih ada mangsa mangsa yang tinggal disurau tersebut.

Menurut mangsa atas keprihatinan PAS, mereka telah dihalau oleh para penyokong dan petugas PAS, dengan alasan mangsa tidak boleh tinggal didalam surau ini. Itu saja alasan yang diberikan, mereka tidak mengambil kira kesusahan rakyat yang ditimpa bencana.

Anda bayangkan jika berlaku setiap kali pilihanraya kecil, siapakah paling ramai berkampung didalam masjid dan surau? Bukankah semuanya adalah ahli PAS. Malah mereka tanpa segan silu untuk tidor diruangan solat. Mereka juga tidak lupa melakukan kekotoran didalam dan luar masjid. Paling sempoi setiap tandas yang gunakan akan dikotori sebaik mungkin.

Beza pula dengan Umno dan BN, apabila berlakunya bencana alam, para pemimpinnya akan buat hal sendiri.

Dari pagi hingga ke petang kerjanya hulur duit dan bungkusan! Memang tak boleh diharap, duit dan bungkusan dihulur kepada mangsa bencana. Makanan dan juga tempat tinggal yang selesa juga disediakan.

Apa nak jadi dengan pemimpin Umno dan BN. Cuba tengok Ds Noh dalam gambar dan video kat bawah ni.. itulah kerja dia tak habis habis bantu rakyat, Dah tak ada kerja lain ka?!!!


Barisan Nasional Negeri Selangor hari ini memberikan dan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya, Ampang sebagai permulaan bagi meringankan beban mangsa banjir di kawasan ini.
Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, hari ini kita menyediakan 2000 nasi bungkus kerana difahamkan rumah-rumah di sekitar Kg Lembah Jaya, Ampang ini masih tidak boleh masak sendiri memandangkan dapurnya hanyut, rosak, makanan pun tidak ada, maka bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka.
“Malam ini Tekun Nasional memberikan sumbangan sebanyak RM5000 untuk kita mengadakan gotong-royong menyediakan makanan kepada penduduk dan mangsa banjir di sini.
BN cuba memberikan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih lagi belum dapat mulakan kehidupan seperti biasa, masak di rumah masing-masing,” ujarnya ujarnya kepada pemberita selepas memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya, Ampang.
Dalam masa yang sama, BN Selangor juga menerima bantuan bahan-bahan mentah seperti beras, memandangkan mangsa banjir kini tidak ada dapur untuk memasak, BN Selangor juga memberikan sumbangan sebanyak 331 tong gas dan juga dapur dengan harapan dapat meringankan beban mangsa.
“Kita juga akan memberikan bantuan pakaian kepada anak-anak yang bersekolah, saya difahamkan bahawa pakaian dan uniform sekolah anak-anak ini telah pun rosak. Jadi untuk memastikan semua mangsa ini akan dapat bantuan yang disediakan BN Selangor, saya minta pimpinan BN di Ampang dan di Hulu Langat hendaklah membuat kajian secara terperinci
Kajian secara terperinci ini penting supaya tidak ada mana-mana mangsa yang tertinggal. Dalam memberikan bantuan ini, kita tidak ‘memilih bulu’, kita mengamalkan konsep 1Malaysia, maka kita akan bagi kepada semua yang benar-benar memerlukan tanpa mengira fahaman politik,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor
Tambahnya, mangsa banjir di Ampang dianggarkan dalam 331 buah keluarga manakala di Hulu Langat melibatkan 3000 lebih keluarga yang menjadi mangsa kejadian banjir pada 7 Mac lalu.
“Sehubungan dengan itu, BN Selangor meminta semua pimpinan BN di semua peringkat turun ke akar umbi membuat kajian supaya mereka yang benar-benar yang terlibat yang akan mendapat bantuan dan kita harap tidak ada mana-mana pihak yang akan mengambil kesempatan di atas bantuan kecemasan yang akan kita salurkan ini.-sahabatgunung


Sumber :KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??