Thursday 15 March 2012

DAP LEBIH ISLAMIK DARI PAS !!! AGENDA KRISTIANISASI BERMULA !!!

DAP Lebih Islamik Dari PAS?

DAP lebih Islamik daripada PAS, begitulah kata seorang rakan ahli PKR melayu kepada penulis sebentar tadi. Menurut beliau "kita ambil contoh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang lebih prihatin dalam membantu umat Islam di sana apabila memberi peruntukan puluhan juta kepada umat Islam".

Katanya lagi " Apa gunanya nama parti saja Islam tapi kebajikan dan demi syiar Islam PAS tidak bantu ".

Penulis jawab kepada rakan PKR, dua dua kerajaan tak boleh dipakai, satu gunakan duit untuk beli jiwa umat Islam atas kepentingan kuasa politik dan satu lagi menggunakan agama sebagai modal mendapatkan sokongan politik. Kedua duanya haram satu sen pun tak boleh pakai.

DAP memang terbukti cukup anti kepada Islam, tetapi atas dasar perkiraan politik mereka sanggup melaburkan banyak wang asalkan mereka boleh mengekalkan kuasa. Bukankah DAP sendiri tidak pernah menyokong PAS dalam melaksanakan hudud. 

PAS pula cukup terkenal dalam menghalalkan cara asalkan matlamat tercapai, bentuk lacuran yang dilakukan oleh PAS memang seluruh negara amat maklum. PAS tidak pernah ikhlas membangunkan syiar Islam dinegara ini. Bukankah sejak dari dulu lagi PAS memegang Kelantan, Trengganu juga gagal manakala di Kedah seperti yang kita sedia maklum memang tidak menunaikan janji.

Dalam Islam turut menyuruh agar umatnya menunaikan janji, apa jenis Islam yang PAS guna pakai ? Berjanji tetapi tidak tunaikan bermakna sudah jadi bercakap bohong dan munafik.

Apakah ini yang dikatakan membangun bersama Islam atau membangunkan Islam PAS? Atau dakwah DAP berjaya keatas PAS?

Pentadbir sekolah agama persendirian di Kedah melabelkan pemimpin PAS negeri mungkir janji kerana tidak membantu sesen pun walaupun dijanjikan dalam pilihan raya umum 2008.

Sekolah agama berjumlah 12 buah itu meletakkan kesalahan tersebut kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mereka mendakwa telah mengadakan pertemuan dua atau tiga kali dengan Menteri Besar, tetapi jawabannya hampa.

“Pertemuan pertama sebaik Azizan menjadi Menteri Besar, `dia kata mengapa datang awal sangat’. Manakala dalam pertemuan kedua pula, Azizan kata, `sedang susun’.

“Tetapi sehingga sekarang lebih tiga tahun satu sen pun kami tidak dapat. Kami terguris hati dengan Azizan,” kata bekas Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Najib Fahmi Yahya.

Beliau kini menjadi Setiausaha Sekolah Agama Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali dengan panggilan Pondok Pak Ya di Batu 16 Padang Lumat mempunyai 600 pelajar.

Menurut Mohd Najib. beliau antara pemimpin PAS Kedah yang merangka manifesto PAS negeri bagi menghadapi pilihan raya umum 308.


Sumber :KGC


Pssssttt... teringat akan kisah Kristianisasi umat Islam di negara luar. Untuk memurtadkan umat Islam, puak kafirun laknatullah ini akan melabur duit ringgit dahulu, kemudian mereka akan hasut dengan jarum terpaling halus untuk buatkan umat Islam ini murtad... Tak yah tengok jauh-jauh... Singapore je... Ermmm.. Umat Islam kat Malaysia ni kena bijak pakai otak ! Bukan letak otak kat lutut !





1 comment:

  1. Aih Bro betol la dia cakap tu.... DAP kuat Islam ...kerana Iman dia kuat... depa kata depa X mau hudud dari dulu sampai la... yg tu juga cakap..... Tapi puak PAS mana ada Iman... Dulu kata nak buat negara Islam.... La ni berubah jadi negara kebajikan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??