Friday 9 March 2012

FATWA TERBARU PAS MENGHINA UMAT ISLAM !!! BODOHNYA PAS NI PATUT TOK GUNDU TAK LAYAK JADI MUFTI !!!


DAP bagi wang judi tak haram, diangkatnya khalifah ketua menteri Pulau Pinang bagaikan tuhan. Seluruh negara penyokong PAS memandang Lim Guan Eng sebagai penyelamat umat manusia akhir zaman.

Walau pun diketahui pada waktu itu kerajaan negeri Pulau Pinang terbabit dengan memberikan wang haram kepada warga mas, tetapi disebabkan DAP adalah rakan bantal peluk PAS halal jadinya. Yang haram dijadikan halal.

BR1M yang diberikan kepada seluruh rakyat yang berpendapatan kurang daripada 3ribu sebenarnya mengugat pakatan, ini kerana jika rakyat tidak rasa tertekan dibantu secara lansung oleh kerajaan maka segala usaha pakatan dengan pelbagai jenis fitnah dan dakyah sudah pasti akan gagal.

Usaha kerajaan yang mahu membantu setiap lapisan masyarakat diseluruh negara membuktikan aspirasi kerajaan BN yang mendahulukan rakyat. Kepentingan rakyat menjadi keutamaan. Tergugat kerana BR1M maka satu fatwa menyatakan haram kepada barang siapa yang menerima bantuan daripada kerajaan.

Agak menarik apabila PAS sendiri mahukan sebahagian wang BR1M apabila mengeluarkan arahan agar ahlinya memberikan sebanyak 15% kepada parti sebagai tanda jihad dan untuk kegunaan aktiviti parti.

Inilah yang dikatakan munafik. Menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. PAS oh PAS!
BERA: PAS yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu 'rasuah' sebenarnya menghina umat Islam yang menerimanya termasuk anggota parti itu sendiri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PAS tidak sepatutnya melabelkan bantuan itu sebagai rasuah kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
"Jika BRIM itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum ini, adakah itu rasuah juga?" soalnya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M kepada seramai 480 penduduk Parlimen Bera di sini.
Beliau turut kesal dengan dakwaan serta tuduhan PAS itu kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang serta fahaman politik telah disalah anggap.
Katanya pembangkang hanya tahu menuduh kerajaan dengan pelbagai tohmahan sedangkan parti itu yang berkuasa di Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan bercelaru.
"Di Kelantan, kerajaan PAS mengenakan pelbagai cukai termasuk cukai bakul penjaja kecil di pasar, cukai bangunan serta mengenakan sewa dan cukai yang tinggi dan membebankan rakyat tetapi gagal menyediakan kemudahan dan prasarana yang baik untuk rakyat.
"Manakala masalah air yang dialami rakyat negeri itu sekian lama juga tidak diatasi hingga sekarang," katanya.
Ismail Sabri turut menasihati mereka yang gagal atau tercicir mendapatkan BR1M supaya memohonnya sebelum 15 Mac ini. - BERNAMA

Sumber : KGC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??