Tuesday, 20 March 2012

KISAH BENAR - SEJARAH PERJUANGAN BLOGGER @BADUTRAKYAT DISISI ANWAR !!!


Korang nak tahu siapa Anwar ? Disini, I4TT ingin kongsikan pengalaman hidup seorang sahabat karib, teman tapi mesra I4TT yang juga seorang blogger iaitu Badut Rakyat


Sahabat I4TT ini antara yang terdekat dalam perjuangan Anwar. Apakah Badut Rakyat akan berpatah semula ??? Ikuti pengalaman dan pendedahan beliau...


 


Hari ini pada tarikh 20 Mac 2012, blog saya cukup 2 tahun. Bila penubuhan blog ni ??? Anda sebenarnya dah tahu kalau lihat FaceBook saya. Kalau nak di ceritakan panjang gila perjuangan saya. 

Bermulanya kisah saya buka blog ini adalah kerana Papa Gomo. Kenapa Papa Gomo ??? Ketika itu saya dan rakan saya share 1 blog. Cuma blog tu tidak lah popular. Kalau bosan baru taip. muahahah..

Saya ulang balik, hehehe... Orang pertama yang saya jumpa dalam perjuangan ini adalah Papa Gomo, ketika itu Papa Gomo terkenal dengan blog nya Gomo. Saya jumpa beliau di sebuah restoran bersama rakan blogger lain, iaitu Parpukari dan garamanis. Mulut saya ni banyak bertanya. Macam biasa, saya tanya macam-macam kepada mereka. 

Mereka ni lah banyak membantu dan mengajar saya erti ber blogger. Sebelum itu sahabat saya Gelombang Rakyat, Gelombang Wangsa Maju, Kl Boyz. Kami berlima ketika itu semangat sangat membuka penipuan Pakatan Haram, Papa Gomo lah yang banyak tunjuk ajar kepada saya macam mana nak jadi blogger yang berdisiplin dan macam-macam lagi dari A Sampai Z. Kemudian masuk lagi 3 blogger iaitu Malay Delima, Suara Lensa dan BN4WangsaMaju

Di situlah perjuangan kami bermula, walaupun Blogger paling lama Papa Gomo, Gelombang Rakyat dan Gelombang Wangsa Maju, saya ikut jer pergerakan dan pembongkaran. Maklum lah kadang-kadang kita ni tak lah pandai sangat bab-bab artikel ni. Apa lagi copy paste ler. Itu jer yang mampu.

Apa pun semua blogger dah tahu matlamat dan tujuan asal untuk buka blog ni hanya membuka kebenaran dan penipuan Pakatan Haram. Saya pun tak pernah di ajar bergaduh sesama sendiri. Itu yang saya tanam dari awal sampai sampai sekarang. Saya pun terfikir juga, kalau kita gaduh sesama blogger apa faedah yang kita dapat ??? Minta maaf kalau ada yang terasa... ini adalah kebenaran...

Permulaan saya berjumpa dengan blogger lain ketika Pilihan Raya Kecil (PRK). Ketika itu di Hulu Selangor. Masa tu kenal-kenal macam tu jer,tak lah rapat sangat. Kalau rapat sangat, nanti apa pulak blogger lain cakap, "macam Anwar jer mamat ni". Tu makan dia...muahahaha...

YB P.Kamalanathan ketika itu menjadi calon untuk PRK Hulu Selangor adalah orang yang pertama sekali saya jumpa bila saya jejakkan kaki ke bandar hulu selangor. Masa tu beliau memberi ceramah pada orang india. Saya pun try lah tegur, mana lah tahu Yb Kamal ni sombong ker. Rupanya lain yang saya sangka lain pulak jadi nya. Siap dia ajak saya pergi makan.

Bagus juga ada Yb macam ni. Dapat makan free hari-hari. muahahaha... ish ish ish... Kalau makan free hari-hari, bukit yang di tarah pun confirm botak. Jangan marah YB P.Kamalanathan.. gurau jer.. 

Lepas itu saya baru lah saya kenal rapat dengan blogger seperti GAP, DET, AAKJ, PAS BERUK, KGC ONLINE, FLYING KICK, WADAH KELANA JAYA, PISAU.NET, MPP ONLINE, DR NOVANRI @ MIM, INFO 4 THE TRUTH, SEMUT HITAM, MIK, SAHABAT GUNUNG, ANGIN PERUBAHAN, DUKE OF UMNO, TAIPING MALI, JAS SALLEH, JIWA PARADOX, EMPAYAR PEMUDA, MY MASSA dan ramai blogger lagi, minta maaf kerana saya tak sebut.

Saya kenal rapat kerana saya pergi merata-rata PRK Seperti Galas, Merlimau, Tenang dan yang terakhir PRN Sarawak. Saya pergi sebabnya 1 hanya untuk menimba pengalaman bagaimana rasanya PRK. Macam-macam masalah saya tempuhi dalam PRK tu. Kalau nak cerita panjang berjela. Hanya blogger bersama saya jer yang tahu apa masalahnya. Yang penting memastikan kemenangan Barisan Nasional

Itu adalah pengalaman saya yang pertama jadi blogger dan dari situ saya baru tahu bagaimana sikap-sikap semua pemimpin UMNO Dan Barisan Nasional. Terima kasih juga kepada Papa Gomo. hehehe....

Kenapa saya nak Barisan Nasional Menang ??? Saya lihat dari dulu lagi Barisan Nasional mendahulukan Rakyat. Memanglah ini cogankata yang di beri oleh Datuk Seri Najib. Tapi saya hidup dalam politik bermula dari tahun 1996. Kisah saya bersama PAS dan kisah saya bersama Parti Keadilan Nasional (KeADILan) tetap bersama-sama saya. Itu dulu. Adakah saya ni orang UMNO ??? Saya ni hanya penyokong jer. Tak lebih dari itu. hehehe.

 

Pengalaman saya bersama PAS masa tahun 1996 banyak kenangan. Cuma saya keluar ada sebab. Sebab utama saya masuk Pas kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya. Saya masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. 

Saya masuk PAS kerana nak menyelami islam. Memang betul saya ni orang melayu dan beragama islam. Masa tu saya nak pelajari lebih lagi tentang islam, saya pun masuk lah PAS. Saya keluar pertengahan tahun 1998. Walaupun saya dalam PAS ketika itu namun saya curi-curi juga dengar ceramah UMNO. Saya nak tengok apa yang UMNO tipu, terutama Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim memang saya tak nafikan, beliau lantang dalam ceramah dan pandai meyakinkan rakyat malaysia. Masa itu saya hampir-hampir nak masuk UMNO. Dari situ saya nak menyokong Anwar Ibrahim.tapi saya terfikir,UMNO tu hanya berjuang untuk melayu.bukan untuk islam. Itu yang saya fikir dalam kepala otak. UMNO Melayu, PAS Islam.

Terpaksa saya batal kan niat saya nak sokong Anwar Ibrahim... Cerita pasal saya keluar PAS Pula kerana 1 benda. Ucapan Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO. Lepas itu saya dengar pula orang kata kubur di siram dengan air mawar masa tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Sebab itu wangi.. itu yang di ceritakan oleh insan yang keluar dari PAS. Mula-mula saya blur juga.

Di samping itu saya terfikir adakah patut saya tinggalkan PAS ??? Adakah cerita ini betul ??? Atau tipu bulat-bulat ??? Biasalah anak muda cepat sangat bertindak tanpa fikir sesuatu. Saya pun keluar dari PAS tanpa berfikir. Dalam hati saya mengatakan kalau pemimpin parti kafirkan parti lain, buat apa nak sokong, lebih baik keluar. Kalau nak lebihkan ilmu agama baik saya belajar sendiri dengan Ustaz-Ustaz. Tak kisah lah kat mana-mana pun. Janji Agama Islam Saya dulukan.

 

Setelah saya keluar dari PAS, satu peristiwa telah berlaku. Anwar Ibrahim keluar dari UMNO. Beliau telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Apa yang saya ceritakan di atas memang menjadi kenyataan apabila Anwar Ibrahim keluar dari UMNO. Dari situ perjuangan saya bermula dengan KeAdiLan. Dari awal masa anwar di pecat hingga Anwar Ibrahim masuk penjara. Di situlah saya berada.

Bermula perjuangan dan laungan Reformasi adalah pada bermula 2 September 1998. Pejuang reformasi, itu lah nama yang di beri. Kami mengegarkan Kuala Lumpur untuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang ketika itu, saya ingat perjuangan Anwar Ibrahim adalah benar belaka. Mana taknya, seperti yang saya beritahu anda, kalau dia bercakap, semua rakyat akan terpaku dan terpesona, lagi-lagi anak muda.

Sebagai anak muda macam biasalah darah muda mengelegak nak minta anwar di bebaskan tak nak bagi anwar masuk penjara. Masa itu kami sayang Anwar. Umpama Anwar ni confirm lah Perdana Menteri akan datang. Siap janji manis dia tabur. Di mana-mana ceramah saya pergi. Ayat Anwar dari dulu hingga sekarang LAWAN TETAP LAWAN !!! 

Setiap perbicaraan di mahkamah,di situ saya berada. REFORMASI !!! REFORMASI !!! MAHATHIR LETAK JAWATAN !!! MAHATHIR LETAK JAWATAN !!! MAHATHIR UNDUR !!! UNDUR SEGERA !!! SELAMATKAN MALAYSIA !!! Itu lah laungan yang selalu kami beri.

Masjid Negara menjadi saksi ketika itu. Lautan manusia hadir ketika itu. Yang bestnya ketika perhimpunan haram waktu itu banyak harta benda yang di rosakkan. Cuma saya jer tak berani nak buat semua tu. muahahaha.. Mana taknya, semua camera depan mata, takut jadi buruan. Walau pun darah muda ada juga takutnya. Yang saya tak boleh lupa sampai sekarang ucapan anwar ibrahim di masjid negara "Dr Mahathir sekarang ini kelam kabut. Sebab itu saya bersyukur, hari ini suratkhabar tempatan mengaibkan saya, menghina saya tetapi rakyat tidak percaya".... Itu lah dari dulu hingga sekarang ayat yang anwar pakai.

Anwar Ibrahim ketika itu diangkat oleh rakyat depan dataran merdeka sebelum masuk penjara. Cuma saya terlepas ketika Anwar ditangkap oleh polis di rumah beliau. Setiap jumaat sampai ahad itu jer masa yang ada saya dan rakan-rakan berada di depan dataran merdeka ataupun mahkamah untuk protes dari siang sampai lah ke malam untuk mempertahankan manusia bernama Anwar Ibrahim. 

Selepas tahun 2000 saya terfikir berbaloi ker apa yang saya buat ni ??? Macam biasa saya terfikir, boleh ker Anwar Ibrahim memerintah Malaysia satu hari nanti. Adakah dengan cara demonstrasi kita boleh menyelesaikan masalah. Di situ lah saya keluar dari KeADILan. Ramai rakan-rakan saya pejuang reformasi yang keluar minta saya berundur dan berfikir untuk masa depan. Mereka berkata fikir akan datang dan lihat semula pemerintahan Barisan Nasional.

Apa yang kita minta barisan Nasional akan bagi. Tapi jangan lah malas bekerja. Itu semua atas usaha sendiri. Kalau semua nak minta, lama-lama bukit yang di tarah akan botak lah macam kepala saya. errkk... muahahaha.. terkantoi sudah...

Itulah serba sedikit perjuangan saya dari dulu sampai sekarang. Kalau saya nak cerita saya rasa boleh buat buku. Sejarah Blogger Badut Rakyat. opsss....

Saya nak masuk PAS ??? TIDAK MUNGKIN !!! Saya tidak akan sesekali patah balik. Apa yang saya buat ini adalah muktamad. Perjuangan saya untuk menyokong UMNO Dan Barisan Nasional tetap akan saya teruskan.

Siapa kata UMNO tidak memperjuangkan Islam ??? Cuba kita Renung semula apa yang UMNO beri kepada anda. Bukan nak mendabik dada kata UMNO Dan Barisan Nasional tu bagus. Setiap parti ada baik dan ada juga buruk nya. Kalau anda kata UMNO dan Barisan Nasional tak bagus cuba anda fikir balik dengan Pakatan. Adakah Pakatan dah tunaikan janji mereka ??? Dah banyak kami bongkar. Dengan Perangai Anwar Ibrahim dan macam-macam lagi yang berlaku. Apa pun kita bukannya sempurna. Betul tak ???

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA PENGALAMAN HIDUP SAYA !!!

ANDA HARUS INGAT !!!

DI MANA KITA BERPIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG !!!

PILIH LAH PARTI MANA YANG MEMBERI KESELESAAN !!!

MENUNAIKAN JANJI !!!

BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT !!!

RENUNG-RENUNGKAN


3 comments:

  1. terharu saya membaca artikel saya.terima kasih kerana share..

    ReplyDelete
  2. sama2 sahabat... teruskan perjuangan bersama ! dan moga persahabatan dan ukuwah makin erat.

    ReplyDelete
  3. Lalang la lu bro...hahahaha
    badut rakyat mmg sempoi beb...
    semangat pejuang UMNO...
    syabas BADUT RAKYAT...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??