Thursday 29 March 2012

DEWAN BOLEH PECAT ATAU GANTUNG ANWAR !!! DAH TU BUAT JE LA !!!


Mana-mana Ahli Parlimen berhak mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi mencabar kelayakan (impeach) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, berikutan pelbagai isu moral yang dihadapinya.

Pesuruhjaya Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu boleh dilakukan kerana jawatan Ketua Pembangkang yang disandang Anwar merupakan jawatan rasmi dan beliau memainkan peranan mustahak dalam sistem berparlimen.

Bagaimanapun, beliau mengakui usul seumpama itu tidak pernah dikemukakan di Parlimen.

"Ia wajar diperhatikan kerana selama ini pihak kerajaan sahaja yang menjadi tumpuan di Parlimen angkara sebarang tindakan disiplin tetapi kita lupa peranan pembangkang yang juga sama penting dalam sistem 'check and balance'.

"Jika didapati bersalah, impaknya kepada Anwar ialah beliau boleh digantung atau dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

"Sebagai contoh, bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dilucutkan jawatan kerana menipu apabila mengatakan dia tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Monica Lewinsky, bukan kerana mengadakan hubungan seks itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu biseksual, di sini hari ini.

Hadir sama, dua lagi Ahli Parlimen Bebas yang juga bekas pimpinan PKR iaitu Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan N. Gobalakrishnan; pengasas PKR, Ng Lum Yong; saksi kes liwat Anwar pada 1997, Ummi Hafilda Ali; bekas pimpinan PKR, Ruslan Kassim dan Zahid Md. Arip serta bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, beliau atau mana-mana Ahli Parlimen lain berhak mengemukakan usul itu kepada Jawatankuasa Khas dan Keistimewaan Parlimen demi kepentingan negara serta memastikan amalan periksa dan imbang (check and balance) terus terpelihara.

"Ini (usul sebegini) pernah dibawa terhadap Anwar semasa dia memperdaya Parlimen apabila mengatakan Apco milik Yahudi dan dia sudah dihukum (digantung) enam bulan.

"Jadi soal 'impeachment' (menyangsikan/mencabar kelayakan) ini boleh dilakukan kalau kita bawa usul itu ke Parlimen pada bila-bila masa. Kita akan mempertimbangkan bila tiba masa sesuai kerana politik berpandu kepada strategi, kita kena atur gerakan," katanya. - Utusan Online


Psssst.... lorh.. kalau dah tau apsal tak buat... tu... kes Chinadoll tu pi cabar dulu... ekekeke... OMEGA !!!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??