Sunday, 22 January 2012

GEMPAR !!! KARAOKE HARAM DI KELANTAN DISERBU !!! SERAMBI MAKSIAT TOK GUNDU !!!



PUSAT KARAOKE BACHOK, KELANTAN DI SERBU! KELANTAN ADA KARAOKE JUGAK KE?



Kegiatan sebuah premis di Kampung Kubang Golok yang menjalankan aktiviti karaoke haram dengan berselindung di sebalik papan tanda ‘Nick Resort’ di pintu masuknya terbongkar apabila diserbu polis awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dengan dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah pukul 2 pagi itu turut menahan 29 pengunjung dan dua pekerja premis tersebut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis itu yang asalnya sebuah resort telah mengubah suai menjadi pusat karaoke sejak setahun lalu.

“Polis turut merampas pelbagai jenis peralatan set karaoke di dalam lima buah bilik di situ yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM50,000.

“Kesemua pengunjung ditahan untuk diambil keterangan dan kami turut melakukan ujian air kencing untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita selepas serbuan tersebut di sini.

Jelas beliau, operasi pusat karaoke itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Kerajaan Negeri Kelantan, manakala jika ada ditahan positif dadah, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ab. Rahim berkata, pihaknya kini mengesan pemilik pusat karaoke itu yang tiada di premisnya ketika serbuan.

Katanya, ini merupakan serbuan kedua ke atas premis itu setelah dikesan menjadi pusat karaoke, namun pengurusan beroperasi semula.

“Operasi itu terganggu pada mulanya apabila ada pihak memadam kesemua lampu di pusat tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran polis,” katanya. – UTUSAN



2 comments:

  1. OI BADIGOL!!DAH JELAS2 KO TULIS PUSAT KARAOKE HARAM. MMG LA DIORG BEROPERASI SECARA HARAM. MANGKOK TINGKAT BTOL LA KO NI. X RETI NAK UP KAN ISU LAIN KE?G BLAJO LG DOK..JGN HINA ILMUAN KALAU KAU TU JAHIL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tok gundu pork nicky najis memey wajib dihina... sebab dia hina... hahaha... bestkan tempat karaoke haram kena serbu seminggu lepas aku pi dan report... hahahha...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??