Saturday, 21 January 2012

KHALID PEGANG EXCO AGAMA SELANGOR !!! JAHANAM LA WANG ZAKAT !!!

Berbillion Wang Zakat Selangor Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan

Berbillion Wang Zakat Selangor Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan

Sebelum ini pada 2009 negeri Selangor heboh dengan tindakan Menteri Besarnya mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan pembangunan, tujuannya kerana kantung wang kerajaan negeri susut atas ketidak cekapan mentadbir kewangan negeri kerana hanya membayar RM1 kepada Anwar.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.
"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.
Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.
"Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda, lapor Bernama.
Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun.
"Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata'ala," titah Baginda.
Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa baginda sangat-sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat di negeri itu.
Baginda bertitah bahawa mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat di negeri itu telah diberi penuh kepercayaan dan segala kutipan yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya untuk diuruskan dengan sempurna.
Konvensyen sehari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.


Wang dan aset Yayasan Selangor turut tergadai, apa saja simpanan kerajaan negeri habis digunakan atas kepentingan Pakatan. Dr Hasan Ali dan Sultan Selangor berjaya menghalang tindakan Khalid Ibrahim pada ketika itu.

Sekarang Khalid mempunyai kuasa dan memegang jawatan portfolio agama Islam, peluang ini akan diambil sebaik mungkin untuk menggunakan wang zakat berjumlah berbillion untuk kegunaan pakatan memberi projek kepada kroni kroni mereka.

Apakah rakyat Selangor redha wang zakat diberikan kepada puak yang mengamalkan pluralisme dan liberalisme ? Adakah rakyat Selangor redha membiarkan wang zakat dinikmati oleh DAP ?

Khalid Ibrahim akan tersenyum puas, erdorgan PAS akan kaya raya dengan wang zakat yang disalurkan ke projek projek yang kroni mereka dapat. Azmin akan menggunakan wang zakat ini untuk membayar kepada penggerak reformis yang menghalalkan liwat Anwar.

Adakah kali ini wang berbillion ringgit menerima nasib yang sama seperti wang dan aset Yayasan Selangor?

Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??