Saturday, 7 January 2012

GAGAP DAH BISU !!! SELANGORKU GUDANG SAMPAH !!!

Selangor Darul Sampah-Jadual Kutipan Alam Flora dan Sekarang Didedahkan

Pelik tapi benar. Sampah di Selangor semakin bercambah sepertimana rumah urut bercambah selepas pemerintahan PKR. Skrip cerita masih sama, sampah tak dikutip disebabkan UMNO dan rumah urut bertambah juga disebabkan UMNO. 

Sudah menjadi satu sifat semulajadi kerajaan Selangor, mereka akan menyalahkan orang lain dalam menututup kegagalan sendiri. Ini bukan kali pertama berlaku. Banyak masalah lain yang terbongkar mereka menyalahakan UMNO dalam menimbulkan persepsi UMNO punca segalanya. Mereka telah berusaha keras tetapi usaha mereka digagalkan oleh UMNO. Itu antara perang saikologi yang cuba dimainkan oleh kerajaan Selangor.

Ketika Alam Flora diberi tanggungjawap untuk mengutip sampah walaupun ketika pemerintahan Khalid Gagap, kita tidak mengalami masalah lambakan sampah yang tidak diangkut. Ini adalah jadual kutipan sampah ketika Alam Flora diberi tanggungjawap. Purata kutipan sampah adalah seminggu 3 kali untuk sampah domestik.


Bencana kepada rakyat Selangor bermula apabila kontrak Alam Flora ditamatkan dengan hutang yang belum berbayar dan tanggungjawap diserahkan kepada PBT. Dengan cara tersebut, kontrak sampah boleh diagihkan kepada kroni-kroni. Maklumat kepada KGC mengesahkan bahawa harga kos untuk kontrak kutipan sampah telah dikurang hampir 40% daripada harga ketika Alam Flora. Ini telah menyebabkan kontraktor terpaksa mengurangkan volume ataupun tempoh masa kutipan di setiap kawasan. Aku berkeyakinan penuh sekiranya kontraktor dibawah KDEB mampu mengikut jadual seperti Alam Flora masalah kutipan sampah ini akan selesai.

Kerajaan Khalid Gagap mendakwa berjaya menjimatkan RM20 juta hasil daripada penamatan kontrak Alam Flora. Mereka kononnya percaya mampu menguruskan sendiri kontrak kutipan sampah tetapi malangnya MBSA terpaksa mewujudkan satu jawatankuasa untuk memantau kontraktor kutipan sampah. Ini bermakna operasi kutipan sampah di Selangor telah melibatkan 3 pihak iaitu, PBT, Jawatankuasa memantau dan juga kontraktor. Jawatankuasa Pemantau tidak perlu diwujudkan sekiranya PBT melantik kontraktor yang berwibawa dan mempunyai kemampuan sebenarnya bukan sekadar memberi kepada kroni sendiri yang langsung tidak berpengalaman.

Bagaimana dengan video dibawah. Apa tindakan yang mereka buat selepas aduan dibuat, datang melawat, buat soal selidik dan terus diam?


Berbeza dengan ketika Alam Flora beroperasi, mereka hanya berurusan dengan kontraktor sampah tanpa perlu ada jawatankuasa memantau. Ini jelas menunjukkan Alam Flora lebih berkesan menjalankan operasi kutipan sampah daripada pihak PBT. Persoalannya sekarang adalah apa rasionalnya kontrak kutipan sampah diberikan kepada PBT. Jawapan yang KGC dapat hanyalah satu, kontrak tersebut boleh diberi kepada kroni-kroni mereka untuk dana politik.

Apa implikasinya kepada rakyat disebabkan kegagalan mengutip sampah?

Kita akan mengalami pelbagai kemungkinan pelbagai penyakit datang yang disebarkan oleh lalat. Kita juga akan berada di dalam keadaan yang tidak selesa disebabkan bau busuk dan pihak yang paling terasa implikasinya adalah para peniaga yang menjalankan perniagaan secara terbuka.

3 laporan polis dibuat kerana mendakwa kontraktor di ugut. Bodoh rasanya bila kita fikir alasan diberikan kerajaan negeri kenapa sampah gagal dikutip mengikut jadual.Tiada manusia dalam dunia ini tidak mahu sampah dikutip dan tiada manusia di dalam dunia ini mahu menghirup udara busuk daripada sampah. Apa benak sangat pemerintahan Khalid Gagap!

Adakah akan timbil satu lagi alasan, pihak polis gagal memberi perlindungan kepada kontrator pengutip sampah sehingga mereka gagal menjalankan tugas.

Nasihat aku kepada Khalid Gagap, jawap setiap kelemahan pentadbiran secara gentelman bukannya menunding jari kepada orang lain atas kebebalan sendiri. Keluarkan bukti jika betul ada cubaan sabotaj daripada UMNO ataupun Noh Omar.

Sumber : KGC


Psssttttt... tu dia... pasai pa pecat Alam Flora?? padan muka hang Khalid... gatai sangat nak tolong penuhkan poket DAPigs !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??